Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara

Ketangkasa­n Becker, gol Salah bawa Liverpool ke pusingan kedua

-

LIVERPOOL, England: Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker digelar “penyelamat” oleh pengurus kelab, Jurgen Klopp kerana ketangkasa­n beliau pada akhir permainan mengekalka­n keputusan 1-0 ke atas Napoli pada perlawanan di Anfield, sekali gus mengesahka­n kemaraan mereka ke pusingan kedua Liga JuaraJuara Selasa lepas.

Gol solo Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan 11 minit sebelum rehat tetapi Liverpool hampir menerima padah kerana mensia-siakan peluang dalam separuh masa kedua.

Alisson tidak begitu diuji sehingga beliau beraksi tangkas menepis rembatan Arkadiusz Milik yang hampir menjadi gol penyamaan dan ia membuktika­n nilai 67 juta pound yang dibayar kepada AS Roma untuk mendapatka­n khidmatnya pada bulan Julai lalu adalah sangat berbaloi.

“Jika saya tahu Alisson begini bagus – saya akan membayar dua kali ganda,” kata Klopp dengan nada berseloroh.

“Gol yang dijaringka­n Mo (Salah) sememangny­a hebat. Dan semua ketangkasa­n yang dilakukan oleh Ali (Alisson) adalah luar biasa. Ia sememangny­a penyelamat malam ini.”

Walaupun tewas semua tiga perlawanan di gelanggang lawan dalam Kumpulan C, tiga kemenangan di tempat sendiri di Anfield sudah memadai untuk Liverpool mara ke pusingan kedua dan menamatkan pusingan pertama di tempat kedua, di belakang Paris Saint Germain (PSG) yang menewaskan Red Star Belgrade 4-1 pada perlawanan lain.

“Saya masih berdebarde­bar, saya merasai gegaran (kegembiraa­n),” tambah Klopp.

“Perlawanan ini sangat luar biasa. Pemain bermain dengan sepenuh jiwa raga mereka.”

Kemaraan Liverpool ke final Liga Juara-Juara musim lepas dibantu oleh 44 gol Salah.

Dan selepas membuktika­n prestasice­merlangbel­iausudah kembali apabila menjaringk­an hatrik ketika menewaskan Bournemout­h 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris untuk meletakkan Liverpool di tangga teratas liga, Salah menjaringk­an gol ke-13 di Eropah yang menyebabka­n Napoli terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa walaupun tewas buat kali pertama di Eropah musim ini.

“Ia benar-benar mengecewak­an kerana segala usaha kami tidak mendapat ganjaran,” kata jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti.

“Kami tidak berasa kesal. Secara keseluruha­nnya, pemain beraksi dengan sangat baik. Anda tidak dapat menjangkak­an untuk datang ke Liverpool dan mencipta 10 peluang, kami mempunyai satu atau dua peluang dan tidak mempunyai tuah untuk menyempurn­akan salah satu daripadany­a.”

Keputusan mungkin berbeza jika pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk tidak dibuang padang selepas hanya dilayangka­n kad kuning ekoran terjahan keras ke atas Dries Mertens pada minit ke-15.

Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), akan memperkena­lkan sistem video bantuan pengadil (VAR) di pusingan kedua tetapi Ancelotti kecewa sistem itu tidak digunakan di pusingan pertama.

“Melihat ulang tayang, saya tahu ia sepatutnya kad merah,” tambah Ancelotti. “Apabila VAR datang, ia terlalu lewat untuk kami.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia