Utusan Borneo (Sabah)

Jelius kekal ketua jurulatih

Henry pengurus pasukan, gaji tertunggak dilunaskan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Jelius Ating dikekalkan sebagai ketua jurulatih skuad Liga Premier Sabah musim depan.

Datuk Peter Anthony mengumumka­n perkara itu sebaik sahaja memulakan tugas secara rasmi sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) pada Rabu.

Sambil itu, Henry Saimpon yang juga bekas pemain Sabah pula dilantik sebagai Pengurus Pasukan baru.

Gaji pemain dan pegawai skuad senior yang telah tertunggak empat hingga lima bulan juga telah dilunaskan pada Rabu..

Peter berkata, 16 pemain yang dicadangka­n oleh Jelius untuk kekalkan juga telah bersetuju untuk terus bersama Sabah.

Pemain itu terdiri daripada Rawilson Batuil, Randy Baruh, Jenius Karib, Dendy Lowa, Mohd Azizan Nordin, Maxsius Musa, Umareng Bachok, Justin Samaan, Rico Nigel Milus, Sabri Sahar, Rahman Shah Marajeh, Azwan Fatah, Mazlan Yahya, Rozaimie Rohim, Rendy Robson dan Sakri Masri.

“Buat masa ini kita sudah ada 16pemainya­ngdikekalk­andari skuad musim lalu. Selebihnya kita akan senaraikan dalam masa terdekat termasuk untuk pemain import tempatan dan luar negara,” katanya.

Sambil itu Jelius yang masih berada di Kuala Lumpur ketika dihubungi beterima kasih kerana terus diberi kepercayaa­n sebagai pengendali skuad utama Sabah.

“Kita sudah boleh mulakan semula langkah selepas beberapa kemelut yang membelengg­u persatuan sebelum ini selesai.

“Kami sebenarnya baru berhenti dari latihan pada Rabu minggu lalu. Saya akan balik hari ini (kelmarin) dan akan sambung semula latihan secepat mungkin kerana kita sudah terlambat dalam persiapan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JELIUS
JELIUS
 ??  ?? HENRY
HENRY
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia