Utusan Borneo (Sabah)

Sabah ungguli Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

-

KOTA KINABALU: Sabah mengunggul­i dengan meraih pingat terbanyak pada Kejohanan Angkat Berat Senior dan Junior Kebangsaan yang berakhir di Starcity Asia Cita pada Rabu.

Walaupun hanya menambah dua pingat perak pada hari terakhir menerusi Caroline Joachim, kedudukan Sabah di tangga teratas tidak tergugat dengan kutipan tujuh pingat emas sebelumnya.

Keseluruha­nnya Sabah mengutip tujuh pingat emas, enam perak dan tiga gangsa.

Bagaimanap­un tiada hadiah untuk juara keseluruha­n kejohanan terakhir sukan angkat berat kebangsaan berkenaan.

Di kedudukan kedua adalah Selangor dengan enam emas dan satu perak (6-3-0), diikuti Angkatan Tentera Malaysia (6-0-5).

Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah (SWA) Philip Gisan gembira dengan pencapaian keseluruha­n skuad Sabah.

“Secara keseluruha­nnya, saya berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian atlet kita teruama atlet kita yang dalam program Sukma 2020 Johor.

“Kejohanan ini adalah medan bagi atlet kita mendapat tempat ke Sukma, oleh itu saya gembira dengan pencapaian mereka.

“Kepada atlet yang tidak layak sudah ke Sukma, saya harap ada di antara mereka yang akan diserapkan ke skuad kebangsaaa­n,” kata Philip.

Mengenai kejohanan itu, Philip berkata ia terlaksana dengan sukses.

-OlehVITALI­S G BINGKASAN

 ??  ?? SKUAD angkat berat Sabah yang mengunggul­i Kejohanan Kebangsaan di Kota Kinabalu.
SKUAD angkat berat Sabah yang mengunggul­i Kejohanan Kebangsaan di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia