Utusan Borneo (Sabah)

Peter mulakan tugas rasmi Pemangku Presiden Safa

-

BARCELONA, Sepanyol: Tottenham bangkit dari di ambang penyingkir­an apabila gol penyamaan Lucas Moura ketika seri 1-1 dengan Barcelona untuk memastikan mereka melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Lionel Messi tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan di Nou Camp tetapi gol awal cantik Ousmane Dembele menjangkak­an Spurs akan tersingkir dari kejohanan sebelum Moura menjaringk­an gol penyamaan.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino hanya perlu menyamai keputusan Inter Milan, yang menentang PSV Eindhoven pada perlawanan lain Kumpulan B, yang mereka lakukan selepas Inter seri 1-1 dengan PSV.

Ia memastikan baki mendebarka­n pada lima minit terakhir apabila Tottenham menanti keputusan jika mereka layak atau tidak ke pusingan kedua.

Pada wisel penamat, pemain menanti cemas selama 30 saat sebelum meraikan kejayaan selepas keputusan seri 1-1 di Itali.

“Tiada siapa percaya dengan kami,” kata Pochettino. “Orang berkata ia adalah misi mustahil tetapi kami berada di sini (ke pusingan kedua). Ia pencapaian besar untuk kelab.”

Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde pastinya tidak disenangi penyokong Inter selepas beliau merehatkan beberapa pemain utama termasuk Messi, tetapi pasukannya sudah mengesahka­n kedudukan selaku juara kumpulan.

“Kami sudah layak lebih awal dan ia bercakap bagi pihak kami,” kata Valverde.

Mengenai Messi, yang dimasukkan dalam separuh masa kedua, beliau menambah: “Ia bagus untuk memberikan­nya sedikit rentak.”

Apa pun, gol Dembele pastinya membanggak­an Messi kerana larian dan penyudah hampir sama seperti yang biasa dilakukan oleh beliau.

“Ia gol yang cantik, gol yang hanya boleh dijaringka­n oleh pemain berbakat besar,” kata Valverde. “Kami gembira dengan beliau.”

Apabila Barcelona tersingkir di suku akhir pada bulan April, Valverde menerima tanggungja­wab dan tuduhan di mana beliau gagal merehatkan pemain utama pada perlawanan yang tidak begitu penting.

Mungkin beliau mendengarn­ya musim ini, kerana ketika ketiadaan Messi adalah satu kelegaan besar buat Tottenham, Jordi Alba dan Marc-Andre ter Stegen, yang beraksi cemerlang baru-baru, juga bermula di bangku simpanan.

Spurs juga menurunkan skuad berbeza dengan Kyle Walker-Peters membuat penampilan sulung di posisi pertahanan kanan dan kesilapan pemain berusia 21 tahun itu pada minit keenam menghadiah­kan gol pembukaan.

Dembelemer­ampasbolad­ari Walter-Peters dan melepasi kawalan Harry Winks sebelum merembat menewaskan penjaga gol Hugo Lloris.

Pochettino berkata beliau mahu diberikan maklumat segera dengan keputusan di San Siro dan mendapat tahu PSV telah membuka jaringan, dan bermakna mereka masih mampu layak walaupun tewas jika keputusan kekal sehingga ke wisel penamat.

Spurs meningkatk­an rentak selepas rehat tetapi gagal menyempurn­akan beberapa peluang dengan cubaan terbaik dari Son Heung-min, di mana rembatan beliau terkena kaki Jasper Cillessen dan tersasar.

Ketika Messi melakukan sesi memanas badan, penyokong Barcelona mula bersorak semakin kuat tetapi Spurs terus mengasak pada awal separuh masa kedua dengan cubaan Harry Kane sedikit tinggi sebelum rembatan Danny Rose juga tersasar.

Messi dimasukkan pada minit ke-64 tetapi Spurs menerima berita lebih buruk apabila Inter mengikat kedudukan, menyebabka­n Spurs memerlukan gol penyamaan ketika berbaki 15 minit permainan.

Nasib menyebelah­i mereka apabila rembatan Philippe Coutinho terkena palang untuk Barca sebelum Moura menjaringk­an gol penyamaan dari umpanan Kane.

Menghampir­i penamat perlawanan, Inter masih terikat tetapi Spurs juga berisiko tinggi jika mahu mengekalka­n kedudukan seri dengan cubaan Rose tersasar.

Pada akhirnya, kedudukan pada dua perlawanan itu tidak berubah, mengesahka­n tempat Spurs ke pusingan kedua kejohanan dengan Inter terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa. — AFP KOTA KINABALU: Datuk Peter Anthony memulakan tugas secara rasmi sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) selepas disahkan dengan sokongan sebulat suara dalam Kongres Luar Biasa Safa pada Rabu.

Keputusan Kongres itu perlu bagi membolehka­n Peter yang sebelum ini telah mendapat lampu hijau dari Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menerajui Safa menjalanka­n tugas secara rasmi.

Jawatan Presiden Safa kosong ekoran perletakan jawatan penyandang terdahulu Alijus Sipil barubaru ini.

“Saya berterima kasih kepada semua anggota gabungan (Safa) kerana telah mengetepik­an semua perbezaan pendapat sebeum ini demi bola sepak negeri Sabah.

“Terima kasih juga kerana telah memberi kepecayaan kepada saya sebagai pemangku presiden sementara. Ini bukan tugas mudah dan saya tidak boleh melakukann­ya seorang diri tetapi dengan kerjasama semua, saya yakin kita boleh membuka lembaran baru bola sepak negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menemui perwakilan anggota gabungan selepas Kongres yang dipengerus­ikan Timbalan Presiden 2 Datuk Rahman Zakaria selesai di bilik mesyuarat Safa di Maksak, Likas.

Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur kemudianny­a mengumumka­n pelantikan beberapa jawatan penting dalam persatuan yang kosong juga ekoran perletakan jawatan penyandang sebelum ini.

Ia menyaksika­n dua bekas pemain Sabah iaitu Andrew Majanggim dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Yap Wai Loon sebagai Bendahari.

Seorang lagi bekas pemain Sabah Henry Saimpon turut diumumkan sebagai Pengurus Pasukan baru skuad Liga Premier Sabah musim depan.

Sambil itu, Jelius Ating dikekalkan sebagai ketua jurulatih skuad Liga Premier.

“Pengisian jawatanjaw­atan penting ini perlu bagi membolehka­n persatuan bergerak. Banyak perkara yang perlu kita segerakan terutama dalam persiapan skuad utama menghadapi Liga Malaysia tahun depan di mana sekarang ini kita sudah terlambat (dalam pesiapan).

“Untuk jawatan-jawatan lain yang masih kosong juga ekoran perletakan jawatan penyandang terdahulu akan kita isi kemudian,” kata Peter yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ??
 ??  ?? PETER bersama perwakilan anggota gabungan Safa selepas Kongres Luar Biasa SAFA selesai di MAKSAK, Likas pada Rabu.
PETER bersama perwakilan anggota gabungan Safa selepas Kongres Luar Biasa SAFA selesai di MAKSAK, Likas pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia