Utusan Borneo (Sabah)

UMNO SABAH LUMPUH

14 wakil rakyat umum keluar parti beramai-ramai

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Tindakan 14 wakil rakyat Umno Sabah keluar parti membawa petanda pengakhira­n buat legasi perjuangan Umno di negeri ini.

Keputusan yang sudah dijangkaka­n itu diumumkan oleh mantan Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dalam sidang media di sini pada Rabu.

Kesemua wakil rakyat berkenaan melibatkan lima Ahli Parlimen dan sembilan Adun bersama dua senator Umno dan 21 ketua bahagian Umno seluruh negeri.

Ahli Parlimen berkenaan termasukla­h Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Rahim Bakri (Kudat), Datuk Zakaria Idris (Libaran) dan Hafez Yamani Musa (Sipitang).

Selain Hajiji, lapan lagi Adun yang mengambil tindakan sama termasukla­h Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Nizam Titingan (Apas) dan Matbali Musah (Lumadan).

Turut sama keluar parti dua senator Umno iaitu Datuk Ghani Yassin dan Datuk John Ambrose.

Ketua-ketua bahagian Umno yang terlibat antaranya Datuk Gurahman Lolong, Datuk Wetrom Bahanda, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, Datuk Faisyal Deigo, Datuk Seri Panglima Rahim Ismail, Datuk Sapawi Ahmad, Datuk Sairin Karno, Datuk Awang Kadin, Datuk Ramlee Marhaban dan Datuk Juslie Ajirul.

Turut sama keluar Umno, Datuk Arsit Sedi, Abdul Hakim Sidek, Firdaus Akbar Khan dan Samad Jambri, selain Adun-Adun keluar Umno yang memegang jawatan ketua bahagian Umno.

Adun Sungai Sibuga yang juga mantan Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatang­an Datuk Bung Mokhtar Radin masih kekal sebagai ahli Umno.

Hajiji berkata, pihaknya sudah memaklumka­n mengenai keputusan itu kepada Musa sebelum ini dan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai pendirian Musa berhubung perkara itu.

Beliau berkata, apabila tiba masanya keputusan akan diambil berhubung hala tuju mereka selepas ini.

“Sekarang ini, kita anggap diri sebagai wakil rakyat bebas dan keluar Umno begitu juga pemimpin Umno yang lain.

“Pada masa sama, kita juga masih mengekalka­n hubungan dan kerjasama dengan rakan-rakan kita dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

“Malam tadi (Selasa), kita juga sudah mengadakan pertemuan dengan mereka bagi menyatakan keputusan untuk keluar Umno,” katanya.

Hajiji berkata, semua yang mengambil tindakan keluar Umno kini memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sementara itu, Masidi berkata pihaknya sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemimpinpe­mimpin Umno Pusat dari semasa ke semasa dan menganggap keputusan keluar parti itu sudah diketahui termasukla­h Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pihaknya turut menyatakan kegusaran dengan apa yang berlaku dan beliau sendiri menganggap masa depan politik adalah sesuatu yang sukar dijangka.

“Dalam konteks negeri Sabah, apa-apa pun boleh terjadi sebagaiman­a apa yang berlaku hari ini,” katanya.

 ??  ?? HAJIJI (enam kanan), Masidi (tujuh kanan) bersama sebahagian kepimpinan Umno yang bertindak keluar parti.
HAJIJI (enam kanan), Masidi (tujuh kanan) bersama sebahagian kepimpinan Umno yang bertindak keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia