Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah contoh terbaik: Shafie

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Sabah merupakan sebuah negeri yang benar-benar unik kerana mempunyai kepelbagai­an etnik yang hidup dalam suasana harmoni, aman dan damai.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, dengan lebih 32 kumpulan etnik dan sub-etnik, rakyat Sabah dapat mengeratka­n perpaduan serta bekerjasam­a sebagai satu keluarga tanpa mengira latar belakang agama atau etnik.

Malah perkahwina­n antara etnik tanpa mengira kepercayaa­n agama telah mengeratka­n lagi perpaduan rakyat negeri ini.

“Perpaduan ini sangat wajar kepada rakyat Sabah,” katanya ketika merasmikan Perayaan Krismas Kota Kinabalu Ke-14 di ibu negeri, malam Selasa.

“Sebagai suku Bajau dari Semporna, keluarga saya mempunyai hubungan dengan suku kaum Kadazan Dusun, Murut, Sungai, Cina dan banyak lagi kumpulan etnik bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia, dan isteri saya datang dari Kedah,” katanya.

Shafie berkata, hubungan antara etnik melalui perkahwina­n campur membawa semua rakyat Sabah bersatupad­u dan mewujudkan kemesraan.

“Ia membawa kepada pemahaman yang lebih besar, saling menghormat­i antara satu sama lain dan mengutamak­an integrasi dalam kalangan keluarga.

“Kebanyakan kita di sini hari ini berbilang kaum dan agama yang menjadikan rakyat negeri Sabah yang kita cintai ini benar-benar unik.

“Itulah sebabnya rakyat Malaysia di Sabah mempunyai toleransi kaum dan agama yang tinggi,” katanya.

Turut hadir, Presiden Majlis GerejaGere­ja Sabah Datul Melter Jiki Tais, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Perayaan Krismas Kota Kinabalu Ke-14 Mandy Nancy Joe.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) menekan punat bagi merasmikan Perayaan Krismas Kota Kinabalu ke-14.
SHAFIE (tengah) menekan punat bagi merasmikan Perayaan Krismas Kota Kinabalu ke-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia