Utusan Borneo (Sabah)

12 cawangan sertai Warisan Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ahli pelbagai parti dari 12 cawangan di sini meletakkan kepercayaa­n kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk terus membela nasib rakyat.

Ia selepas 10 cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat dan dua cawangan dari DUN Elopura menyerahka­n borang keahlian kepada Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan P.186 Sandakan, Datu Gulam Datu Haji Hiya.

Ahli dari kesemua cawangan itu sebelum ini bersama dengan Umno serta DAP dan sebahagian lagi dari badan bukan kerajaan yang berasaskan politik.

Borang kemasukan ahli dari DUN Tanjung Papat diserahkan oleh Tahir Esin manakala DUN Elopura oleh Mohd Hisnain Nasar.

Gulam ketika ditemui berkata Warisan mengalu-alukan kemasukan ahli baharu dan berharap perkembang­an itu akan mengukuhka­n lagi parti itu di Parlimen Sandakan.

Katanya, Warisan sebagai kerajaan baharu yang menerajui Sabah pasti mampu memajukan lagi negeri ini dan dalam masa sama membantu rakyat yang memerlukan.

Penubuhan cawangan-cawangan Warisan secara tidak langsung memberi sokongan kuat kepada pemimpin di kawasan DUN Tanjung Papat dan DUN Elopura serta Parlimen Sandakan dalam konsep berkongsi kuasa.

“Kekukuhan sebuah parti terletak atas kesetiaan ahli-ahlinya dan kekuatan parti terletak kepada dasar perkongsia­n kuasa dalam kalangan rakan seperjuang­an.

“Seperti yang dinyatakan oleh pucuk pimpinan agar Bahagian parti ini membuka pintu kepada ahli-ahli baharu, seperti itulah juga kami mengalu-alukan mereka,” katanya.

 ??  ?? GULAM (tiga, kiri) menerima borang keahlian daripada Tahir.
GULAM (tiga, kiri) menerima borang keahlian daripada Tahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia