Utusan Borneo (Sabah)

Suara minta belia terlibat program komuniti

-

PUTATAN: Pertubuhan Suara Anak Muda Sabah (Suara) meminta lebih banyak sokongan daripada semua pihak terutamany­a golongan belia untuk terlibat dengan pelbagai program berbentuk komuniti di daerah ini.

Pengerusin­ya, Helmi Shahril Ag Kassim berkata, ianya bertujuan dalam menjayakan hasrat kerajaan yang mengingink­an golongan itu lebih terdedah dengan kegiatan sihat dan berfaedah, sekaligus menangani gejala negatif daripada terus menular di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, signifikan kerajaan yang efisyen mengangkat belia sebagai pelapis pemimpin negara perlu mendapat sokongan secara menyeluruh dan ini ditambah dengan kerancakan penganjura­n pelbagai program oleh kementeria­n-kementeria­n berkaitan.

“Kita menyeru supaya golongan belia terutamany­a di Putatan ini untuk aktif terlibat sama dengan pelbagai aktiviti berbentuk komuniti yang dianjurkan oleh kerajaan.

“Ini bersesuaia­n dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu golongan belia kita aktif dalam kegiatan sihat seperti sukan, aktiviti kemasyarak­atan dan lain-lain supaya gejala sosial boleh dibendung di peringkat akar umbi lagi,” katanya di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Helmi berkata, Suara melalui kerjasama dengan syarikat Teguh Everest Sdn Bhd turut menganjurk­an program Jom Santai Bola di Restoran Zaitoon Royal Plaza Putatan, pada jam 8 malam Sabtu (15 Disember).

Program berkenaan adalah aktiviti santai bagi menyaksika­n perlawanan final timbal balik piala AFF Suzuki di antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Vietnam.

Upacara dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah merangkap Adun Petagas; Datuk Uda Sulai.

Seramai 100 hadirin menghadiri program santai berkenaan pada final pertama di antara kedua-dua pasukan yang berlansung di Restoran Zaitoon Royal Plaza Putatan, pada 12 Disember lalu.

 ??  ?? HELMI SHAHRIL
HELMI SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia