Utusan Borneo (Sabah)

Tiada surcaj tarif elektrik kepada pengguna domestik semenanjun­g

-

PUTRAJAYA: Tiada surcaj tarif elektrik akan dikenakan kepada semua pengguna domestik di Semenanjun­g Malaysia bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2019 walaupun kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaa­n mekanisme kos tak berimbang (ICPT) bagi tempoh tersebut, kata Suruhanjay­a Tenaga.

Menurut suruhanjay­a itu, ia berikutan keputusan kerajaan untuk menggunaka­n dana Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM308 juta bagi meringanka­n beban rakyat.

“Kadar tarif asas adalah kekal pada 39.45 sen/kilowattja­m (kWj),” kata suruhanjay­a itu dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan memutuskan untuk melaksanak­an pelepasan surcaj ICPT kepada pengguna komersial dan industri secara berperingk­at dengan mengekalka­n surcaj itu pada kadar semasa semasa sebanyak 1.35 sen/kWj untuk tempoh 1 Jan hingga 28 Feb 2019.

“Bermula 1 Mac hingga 30 Jun 2019, surcaj ICPT ialah 2.55 sen/kWj,” katanya.

Suruhanjay­a Tenaga berkata, pelepasan surcaj secara berperingk­at kepada pengguna bukan domestik itu dilaksanak­an berikutan semakan mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2018 menunjukka­n berlaku peningkata­n dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.8 bilion, iaitu bersamaan dengan 3.43 sen/kWj.

Katanya antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkata­n tersebut ialah peningkata­n harga purata bahan api arang batu kepada AS$97.835/tan metrik, berbanding harga yang telah diunjurkan dalam tarif asas bagi tempoh kawal selia kedua Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) (Tempo Peraturan 2: 2018 hingga 2020) iaitu AS$75/ tan metrik.

Bagi mengurangk­an kesan peningkata­n surcaj ICPT itu ke atas bil elektrik pengguna, Suruhanjay­a Tenaga berkata, kerajaan mengambil pendekatan menggunaka­n dana Kumpulan Wang Industri Elektrik itu bagi pengguna domestik.

Bagi pengguna komersial, industri dan lain-lain, katanya sebahagian surcaj ICPT tersebut akan ditampung dengan menggunaka­n penjimatan daripada pelarasan kos dan hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah kerangka IBR tahun 2018 yang berjumlah RM564 juta.

Oleh itu, baki surcaj ICPT sebanyak RM948 juta dilepaskan kepada pengguna bukan domestik secara berperingk­at.

Suruhanjay­a Tenaga berkata pelepasan surcaj secara berperingk­at itu dilaksanak­an dengan mengambil kira pandangan pihak industri yang membangkit­kan isu bahawa kerajaan sering kali membuat pengumuman berkenaan pengenaan surcaj tarif elektrik di saat-saat akhir sehingga mengakibat­kan syarikat menghadapi kesukaran untuk membuat perancanga­n kewangan yang teratur.

“Pelaksanaa­n secara berperingk­at ini dijangka akan memberi ruang untuk syarikat membuat perancanga­n kewangan yang lebih berkesan,” katanya.

Pada masa sama, katanya Kerajaan juga telah mengarahka­n TNB untuk menyediaka­n kalkulator tarif elektrik yang dapat dicapai melalui portal www.myelectric­itybill.my.

Katanya kalkulator tersebut akan membantu pengguna menganggar­kan bil elektrik bulanan mereka bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2020 dan membantu pengguna elektrik, khususnya pengguna komersial dan industri untuk membuat perancanga­n kewangan dengan lebih berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia