Utusan Borneo (Sabah)

HORMATI KESEPAKATA­N AWAL

Kerajaan negeri tolak Bersatu lebar sayap ke Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

TAWAU: Kerajaan negeri masih berpegang kepada kesepakata­n dan perjanjian ikhlas dari hati ke hati antara pemimpin tertinggi di sini dan Perdana Menteri bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan dikembangk­an ke Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, perbincang­an itu sudah dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dan hakikatnya persefaham­an itu terjalin atas dasar kesepakata­n.

“Kita masih berpegang kepada kesepakata­n itu tetapi sekiranya wujud sebarang agenda lain atau baharu... itu kita tidak tahu, sekiranya berlaku kita akan membuat strategi lain kerana kita di sini ikhlas berjuang demi rakyat.

“Kita di sini juga adalah rakan kongsi bersama-sama berjuang demi mengalahka­n Barisan Nasional (BN) dan Umno pada PRU lalu.

“Tidak mungkin Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi kerajaan Pusat sekiranya kesefahama­n di antara kita tidak wujud,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bicara Khas Bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, di sini, malam Sabtu.

Jaujan berkata, walaupun pimpinan Pusat dan negeri khususnya Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah mengeluark­an kenyataan berkaitan dasar keterbukaa­n tetapi perkara yang penting adalah bagaimana bersamasam­a menyatukan rakyat Malaysia di Sabah.

Katanya, tidak dinafikan pelbagai tafsiran akan berlaku di sini tetapi semua pihak harus yakin bahawa Warisan akan tetap teguh dengan perjuangan asal.

“Kita alu-alukan sesiapa sahaja yang ingin memasuki Warisan termasuk kepimpinan di peringkat akar umbi tetapi keutamaan akan diberikan kepada pejuang asal Warisan.

“Inilah dimaksudka­n Ketua Menteri, bukan sahaja dalam kalangan YB tetapi juga pemimpin akar umbi kita alu-alukan agar keahlian kita dapat ditingkatk­an demi menjayakan agenda pembanguna­n untuk rakyat Sabah,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya kini semua pihak tidak perlu memikirkan sangat soal parti politik sebab PRU sudah berlalu dan keputusan juga sudah dibuat rakyat.

Oleh demikian, katanya, agenda Warisan dengan rakan dari DAP, PKR dan Upko adalah bersama-sama untuk pembanguna­n Sabah.

“Adalah menjadi harapan saya agar semua pejuang Warisan di Sabah menumpukan pada 13 teras agenda pembanguna­n kita... jangan fikirkan sangat perkara itu sebab rakyat sudah membuat keputusan dan agenda itu perlu kita tunaikan.

“Kini dengan keluarnya pemimpin Umno Sabah secara beramai-ramai, kita masih tidak tahu hala tuju mereka, setakat ini mereka menjadi Adun dan Ahli Parlimen bebas pro kerajaan dan sokong kepimpinan Sabah,” katanya.

Jaujan berkata, walaupun pimpinan tertinggi Bersatu berhasrat kembangkan parti itu ke Sabah berdasarka­n senario politik terkini, namun pelbagai ulasan dan penegasan daripada pimpinan Warisan, pihaknya telah mengambil pendirian teguh bahawa kesepakata­n pada awalnya itu perlu dihormati.

Menurutnya, senario politik itu tidak akan menjejaska­n pentadbira­n Sabah disebabkan rakyat dan pejuang Warisan sudah membuat keputusan pada PRU lalu.

“Kita bukan angkuh atau ego, ketika kita menjadi pembangkan­g dahulu, semangat kita berkobarko­bar, bukan mudah berhadapan dengan BN dan Umno yang sudah memerintah 60 tahun, tetapi akhirnya kita berjaya menumbangk­an mereka,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai Saripuddin Hatta, Adun Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat dan pemimpin Warisan yang lain.

 ?? JAUJAN (tengah) bersalaman dengan ahli Warisan yang hadir pada majlis itu sambil diiringi Saripuddin (belakang). ??
JAUJAN (tengah) bersalaman dengan ahli Warisan yang hadir pada majlis itu sambil diiringi Saripuddin (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia