Utusan Borneo (Sabah)

PPM Semporna patahkan cubaan migran masuk secara haram

- Oleh HAMZAH SANUDIN

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mematahkan cubaan membawa masuk migran dari negara jiran di kawasan laut Pulau Omadal, di sini, pagi Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bot ronda PAR 3 Pasukan Polis Marin Semporna yang sedang menjalanka­n tugas operasi khas segera bertindak setelah menerima maklumat daripada Unit Risikan Marin (URM).

“PPM Semporna telah menahan sebuah perahu kayu bersama seorang juragan, lelaki, 38. Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati seramai lapan penumpang termasuk empat kanak-kanak lingkungan umur satu hingga 72 tahun dan pembantu juragan, 35, ditahan kerana gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut juga telah menjumpai sejumlah wang peso Filipina kepunyaan juragan dan penumpang serta barang-barang peribadi di dalam ruangan perahu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, penumpang mengaku dikenakan bayaran lebih kurang 500 peso untuk perjalanan dari Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke Semporna.

Pajeri berkata, nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n lebih RM16,000 melibatkan perahu, satu unit enjin sangkut 40hp serta wang tunai peso 3,780.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

“Penahanan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Atipsom) 2007. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tidak lebih 15 tahun dan denda, atau keduaduany­a,” katanya.

Beliau turut mengalualu­kan kerjasama masyarakat dalam menyalurka­n maklumat kepada pihak pasukan keselamata­n untuk mencegah kemasukan pendatang asing ke negeri Sabah.

 ??  ?? BARANG rampasan dan kesemua tangkapan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna.
BARANG rampasan dan kesemua tangkapan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna.
 ??  ?? JURAGAN bersama perahu yang ditahan.
JURAGAN bersama perahu yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia