Utusan Borneo (Sabah)

15,000 ahli BN Silam sertai Warisan

-

LAHAD DATU: Seramai kira-kira 15,000 ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional Bahagian Silam menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian Warisan di Dewan Tun Mustapha, di sini pada Ahad.

Jumlah itu adalah dari 114 cawangan dan seramai 5,000 keahlian baharu dari Kunak.

Mantan Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal yang mengetuai senarai kemasukan itu ketika berucap berkata Warisan yang diketuai pemimpin tempatan yang bukan lagi berpaksika­n kepimpinan pusat tahu denyut nadi penderitaa­n rakyat.

Katanya, selama berjuang dia berhadapan cabaran kepimpinan yang berpecahbe­lah dan Silam khususnya berhadapan pergolakan yang tidak berkesudah­an.

“Di bawah kerajaan baharu ini, saya mahu membawa seberapa ramai ahli Umno untuk menyertai Warisan kerana parti ini memperjuan­gkan hak kita seadilnya dan masa depan generasi akan datang,” katanya.

Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman mengalualu­kan kemasukan itu kerana ia akan memperkuku­hkan parti terutama dari kubu kuat Umno Bahagian Silam.

“Kita mengalu-alukan kehadiran mereka dengan harapan mereka memahami hasrat dan aspirasi perjuangan Warisan, yang paling penting mereka kena faham asas perjuangan parti.

“Kita minta apa juga budaya yang tidak baik sewaktu di Umno dulu jangan dibawa kerana kita tahu bahawa rakyat membuat keputusan sewaktu pilihan raya lepas kerana tidak senang dengan pendekatan dan cara Umno,” katanya.

Mohd Azis yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri mahu pejuang awal parti tidak takut pada situasi itu kerana kepimpinan tidak akan melupakan jasa dan pengorbana­n mereka tetapi akan memberi keutamaan kepada mereka.

Pada majlis itu, Setiausaha Agung Warisan Loretto S Padua Jr menerima borang kemasukan daripada ketuaketua cawangan.

Turut menyaksika­n majlis itu, Bendahari Warisan Terence Siambun, Timbalan Ketua Bahagian Warisan Bahagian Silam Assaffal P Alian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Dumi Pg Masdal dan Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.-

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Umno, parti komponen BN bersemanga­t melaungkan ‘Sabah Ubah’ bersama Loretto, Azis dan Yusof.
SEBAHAGIAN ahli Umno, parti komponen BN bersemanga­t melaungkan ‘Sabah Ubah’ bersama Loretto, Azis dan Yusof.
 ??  ?? YUSOF menyerahka­n borang keahlian cawanganny­a yang menyertai Warisan kepada Loretto.
YUSOF menyerahka­n borang keahlian cawanganny­a yang menyertai Warisan kepada Loretto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia