Utusan Borneo (Sabah)

Baitulmuqa­ddis perlu kekal seperti sedia ada

-

BANGKOK: Baitulmuqa­ddis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagika­n, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Australia juga mahu membahagik­an Baitulmuqa­ddis kepada Baitulmuqa­ddis Barat sebagai ibu negara Israel dan Baitulmuqa­ddis Timur sebagai ibu kota Palestin... semua ini hanya akan meningkatk­an kemarahan,” katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit, di sini pada Ahad.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan pewarta Reuters di Bangkok berhubung keputusan Australia mengiktira­f Baitulmuqa­ddis Barat sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanap­un, negara itu tidak akan memindahka­n kedutaanny­a ke sana sehingga perjanjian damai dicapai antara Palestin dan Israel.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura, bulan lalu, Dr Mahathir menzahirka­n kebimbanga­nnya dengan rakan sejawatan dari Australia, Jim Morrison, terhadap hasrat negara itu mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

“Kami perhatikan perkatakan yang digunakan disusun dengan sangat teliti. Namun, pada pandangan kebanyakan negara Arab, semua ini bukan sesuatu yang mereka boleh terima,” katanya.

Beliau berkata Baitulmuqa­ddis sentiasa berada dibawa h Pal e s tindan mempersoal­kan mengapa mereka mengambil usaha untuk membahagik­an kota suci itu.

“Mereka tidak berhak...ia bukan milik mereka,” katanya.-

 ?? GambarBERN­AMA ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bergambar bersama Presiden Universiti Rangsit, Dr Arthit Ourairat sebelum majlis menerima Anugerah ‘Honorary Doctorate Degree in Arts in the Field of Philosophy in Leadership in Social, Business and Politics’ Universiti Rangsit. -
GambarBERN­AMA PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bergambar bersama Presiden Universiti Rangsit, Dr Arthit Ourairat sebelum majlis menerima Anugerah ‘Honorary Doctorate Degree in Arts in the Field of Philosophy in Leadership in Social, Business and Politics’ Universiti Rangsit. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia