Utusan Borneo (Sabah)

Pasar percuma di Perlis bantu golongan asnaf dan kurang berkemampu­an

-

KANGAR: Pakaian seragam sekolah, buku dan beg sekolah yang masih berkualiti adalah antara barangan yang ditawarkan dalam Pasar Percuma di perkaranga­n Masjid Alwi di sini pada Ahad.

Pasar percuma tanpa urusan jual beli itu diperkenal­kan Gabungan Belia Institut AlQayyim (GBiQ) Perlis sejak tahun lepas bagi membantu golongan asnaf serta yang kurang berkemampu­an mendapat barangan keperluan secara percuma.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga penaung GBiQ berkata pelaksanaa­n pasar itu bertujuan mewujudkan budaya bersedekah di samping mendidik masyarakat berbakti kepada insan yang memerlukan.

“Ada dalam kalangan kita hari ini, menyimpan pelbagai barangan yang tidak diperlukan mereka dan wajar disumbang kepada GBiQ jika masih berkualiti, katanya kepada Bernama selepas melancarka­n program Sekolah Jariah bersempena program Pasar Percuma Jelajah Perlis ‘Projek Kembali ke Sekolah’ di sini.

Pada majlis itu Mohd Asri turut menyampaik­an bantuan beg sekolah baharu kepada 100 anak-anak asnaf termasuk pelajar bukan Islam daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Ada negara mempraktik­kan konsep pasar percuma ini melalui kaedah “carboot sale” dan mereka jual barangan dengan harga murah, tetapi kita buat secara percuma dengan menerapkan budaya berterima kasih,” kata Mohd Asri.

Sementara itu, Pengerusi GBiQ Perlis Muhammad Faez Idrus berkata program itu adalah cetusan idea anak muda negeri ini untuk memberikan impak positif kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli peralatan atau barangan keperluan sekolah.

“Buat masa ini, kita menetapkan Sekolah Rendah Islam 1, Kangar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar sebagai perintis kepada projek ini,” kata Muhammad Faez.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia