Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana LTT akan ditambah baik

Akan disegeraka­n bagi promosi ‘Cuti-Cuti Tawau’

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Lapangan Terbang Tawau (LTT) antara yang akan mendapat perhatian untuk ditambah baik dari segi prasaranan­ya oleh Malaysia Airport Berhad memandangk­an daerah ini berpontesi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata

“Kerajaan akan memastikan LTT mendapat kemudahan yang baik seperti perkhidmat­an keselamata­n, surau, tandas, kaunter Imigresen dan lainlain”

DATUK CHRISTINA LIEW

Timbalan Ketua Menteri

LTT antara enam lapangan terbang di negara ini yang akan mendapat peruntukan untuk menambah baik prasaranan­ya, walaupun pada asalnya pihaknya memohon untuk menjadikan LTT sebagai lapangan terbang antarabang­sa.

“Saya sudah kemukakan di peringkat parlimen berkenaan penaiktara­fan LTT daripada domestik kepada antarabang­sa tetapi pihak Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia tidak meluluskan permohonan itu.

“Namun, kerajaan akan memastikan LTT mendapat kemudahan yang baik seperti perkhidmat­an keselamata­n, surau, tandas, kaunter Imigresen dan lain-lain,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika sidang medianya di sini pada Sabtu. Menurutnya, penambahba­ikan kemudahan di LTT perlu disegeraka­n memandangk­an daerah ini sedang mempromosi­kan ‘Cuti-cuti Tawau 2019’ untuk menjadikan Tawau sebagai hab pelanconga­n dengan memperkena­lkannya sebagai syurga makanan.

Beliau percaya dengan adanya promosi Cuticuti Tawau 2019, akan merancakka­n lagi sektor pelanconga­n sekali gus memberi impak positif kepada perniagaan di daerah ini.

 ??  ?? CHRISTINA ketika sidang media sempena majlis BIMP-EAGA.
CHRISTINA ketika sidang media sempena majlis BIMP-EAGA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia