Utusan Borneo (Sabah)

70 kanak-kanak sertai Majlis Berkhatan Perdana

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 70 kanak-kanak berumur lingkungan 9 hingga 12 tahun telah diraikan dalam Majlis Berkhatan Perdana Tahun 2018 di Masjid Sayyidina Uthman Ibnu Affan PPR Taman Harmoni, di sini pada Ahad.

Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Sandakan Datuk Stephen Wong Tien Fatt berharap melalui program seumpana itu akan meningkatk­an semangat kekeluarga­an dan mengukuhka­n lagi ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Di samping itu, katanya, ia mampu membuktika­n bahawa masyarakat masih bersatu atas nama kepentinga­n bersama terutama apabila membabitka­n adat budaya bangsa.

“Saya berharap usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang agar ikatan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat setempat dapat diperkukuh­kan lagi,” katanya.

Wong berkata sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama, semestinya setiap rakyat menghormat­i agama satu sama yang lain.

Berikutan itu, beliau sentiasa menyokong penuh penganjura­n majlis seumpama itu yang mana ia dapat membantu dan meringanka­n beban ibu bapa yang kurang berkemampu­an untuk melaksanak­an majlis berkhatan ini secara persendiri­an.

“Secara peribadi, saya memandang penting penganjura­n program seperti ini kerana di sinilah dasar jaringan sosial antara pelbagai pihak dan masyarakat dapat dibentuk dan ia seharusnya dapat dilaksanak­an dari semasa ke semasa.

Hadir sama, Pengerusi Masjid Sayyidina Uthman Ibnu Affan PPR Taman Harmoni Syed Marzuki Syed Kasim dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Elopura Jason Pang.

 ??  ?? WONG bersama kanak-kanak yang menyertai Majlis Berkhatan Perdana Tahun 2018 di PPR Taman Harmoni.
WONG bersama kanak-kanak yang menyertai Majlis Berkhatan Perdana Tahun 2018 di PPR Taman Harmoni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia