Utusan Borneo (Sabah)

Pelanggan Peugeot dirai sempena sambutan Hari Natal

- SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Bagi menyemarak­kan lagi semangat menyambut Hari Natal tahun ini, Boston Auto Sdn Bhd menganjurk­an Majlis Makan Malam kepada pelanggan Peugeot yang berlangsun­g di sini, malam Sabtu.

Pengarah Eksekutif Cliff Chong berkata tujuan majlis adalah bagi memberi penghargaa­n kepada pelanggan mereka yang sudah membeli kenderaan jenama Peugeot 3008 dan 5008 SUV.

“Sehingga tahun ini, kami sudah menghantar lebih 100 unit SUV. Jadi malam ini (Sabtu), kami memutuskan untuk meraikan majlis penghargaa­n dan sambutan Krismas untuk mereka.

“Pelbagai aktiviti berlangsun­g pada majlis ini seperti cabutan tiket bertuah, di mana baucer perkhidmat­an dan barangan elektronik menanti mereka,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui pada majlis itu.

Cliff berkata, Boston Auto sentiasa terbuka dalam mendengar maklum balas daripada pelanggan mereka, terutama mengenai prestasi kenderaan yang sudah dibeli.

“Kami mahu tahu sama ada kereta yang mereka miliki memberi kepuasan positif supaya kami dapat memperbaik­i masalah sekiranya ada,” katanya.

Mengenai perancanga­n tahun hadapan pula, beliau berkata pihaknya akan memperkena­lkan model jenama baharu yang dikenali Peugeot 508, Sedan Segmen D.

Terdahulu, hampir 100 orang menghadiri majlis makan malam itu yang bermula jam 7.30 malam di ruang pameran Peugeot di sini. -Oleh

 ??  ?? PELANGGAN Peugeot sedang menikmati hidangan yang disediakan pada majlis berkenaan.
PELANGGAN Peugeot sedang menikmati hidangan yang disediakan pada majlis berkenaan.
 ??  ?? CLIFF (kanan) bersama ahli pasukannya merakam gambar kenangan pada majlis makan malam itu.
CLIFF (kanan) bersama ahli pasukannya merakam gambar kenangan pada majlis makan malam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia