Utusan Borneo (Sabah)

Import makanan ayam antara punca kenaikan harga telur: Saifuddin

-

POKOK SENA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenal pasti kenaikan harga telur di pasaran tempat anyang berlaku kebelakang­an ini antaranya disebabkan kos bekalan makanan ayam yang diimport.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan makanan ayam diimport dari Brazil serta Argentina dan urusan perdaganga­n dilakukan di Singapura sebelum dibawa masuk ke negara ini.

“Import makanan ayam ini bernilai lebih kurang RM35 bilion setahun, peniaga yang melakukan perdaganga­n ini tidak ramai kerana bila saya masuk (menjadi menteri) saya teliti perniagaan ini saya dapati hanya ada seramai 25 atau 26 peniaga sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat Suruhanjay­a Syarikat Malaysia di sini, pada Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga telur di pasaran tempatan dan sama ada wujud kartel dan monopoli yang mengawal harga produk makanan itu.

Menurut Saifuddin, apabila pengimport terbabit melakukan pemindahan harga, ia seterusnya menyebabka­n penternak di negara ini terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatka­n makanan ayam dan untuk menampung keadaan itu pula penternak terpaksa menaikkan harga telur.

Katanya, bagi mengatasi masalah tersebut, kementeria­n menubuhkan sebuah jawatankua­sa diketuai Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Jamil Salleh untuk memastikan bekalan makanan ayam tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimport tersebut.

Katanya, ketika ini jawatankua­sa itu sedang menyiapkan laporannya berhubung perkara itu yang dijangka siap tidak lama lagi untuk dibentangk­an kepada kabinet.

 ??  ?? SAIFUDDIN menyampaik­an bantuan zakat kepada Zulkefeli Ismail (kanan) pada majlis penyerahan Zakat SSM sempena Program Jualan Rakyat Parlimen Pokok Sena di padang Awam KEDA, pada Ahad. -Gambar Bernama
SAIFUDDIN menyampaik­an bantuan zakat kepada Zulkefeli Ismail (kanan) pada majlis penyerahan Zakat SSM sempena Program Jualan Rakyat Parlimen Pokok Sena di padang Awam KEDA, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia