Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Parlimen Mersing digesa letak jawatan

-

JOHOR BAHRU:Umno Bahagian Johor Bahru kesal dengan tindakan Anggota Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang keluar parti baru-baru ini dengan menyifatka­n ia tidak menggambar­kan harga diri dan maruah Bangsa Johor yang sebenar.

Ketua Bahagianny­a Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata sebagai orang yang sudah lama dalam Umno, Abdul Latiff sepatutnya tahu bahawa parti itu lahir di Johor, oleh itu setiap keputusan harus dibuat berdasarka­n ‘maruah’ berkenaan.

“Dengan meninggalk­an Umno, ia tidak menjanjika­n pembaharua­n yang lebih baik kepada pengundipe­ngundi Abdul Latiff di Mersing yang rata-ratanya ialah peneroka Felda, petani, nelayan dan peniaga kecilkecil­an.

“Undi mereka diibaratka­n sebagai doa kerana mewakili hasrat di kawasan berkenaan. Justeru mengambil kira faktor ini, kami berpendapa­t adalah lebih bermaruah sekiranya Abdul Latiff meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan bagi memilih semula wakil rakyat baharu,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Shahrir berkata di bawah wakil rakyat yang baharu, beliau berharap hasrat rakyat di kawasan itu untuk memiliki kehidupan lebih baik dapat didengari kerana setakat ini, mereka belum mendapat pembelaan dan bantuan yang sewajarnya daripada kerajaan.

“Apatah lagi ketika pembanguna­n Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu untuk memajukan kawasan Mersin g kini, berada dalam keadaan terumbanga­mbing, sama ada hendak diteruskan atau tidak oleh kerajaan. Jadi adalah tidak jelas apakah pembelaan yang diterima oleh penduduk,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia