Utusan Borneo (Sabah)

Ahli politik lompat parti khianati prinsip perjuangan parti: Aminuddin

-

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyifatka­n tindakan ahli politik khususnya daripada parti pembangkan­g yang melompat parti selepas tiada lagi kuasa memerintah adalah satu perbuatan mengkhiana­ti prinsip perjuangan parti sekali gus mengkhiana­ti rakyat.

Aminuddin yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan berkata mereka seharusnya mempertaha­nkan prinsip perjuangan mereka dalam apa juga keadaan.

“… mereka sepatutnya harus pertahanka­n prinsip ini kerana ketika berkempen dahulu prinsip perjuangan­lah yang dilaungkan mereka dan akan mempertaha­nkan nya.

“Mereka seharusnya berani dalam keadaan susah, senang atau payah harus bersama dengan rakyat dan bukannya bila rasa sukar atau tertekan kita melompat untuk kepentinga­n tertentu,” katanya pada program ‘Back To School 2019’ Tenaga Nasional Berhad di sini, pada Ahad.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu, kerajaan semasa memerlukan pembangkan­g yang kuat untuk berperanan semak dan imbang akan setiap dasar kerajaan.

Ditanya pendirian PKR atau PH Negeri Sembilan mengenai kemungkina­n terdapat pemimpin pembangkan­g berhasrat menyertai parti itu, Aminuddin berkata perkara tersebut akan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Buat masa ini tiada permohonan daripada pemimpin parti ‘sebelah sana’ yang ada jawatan,” katanya.

Mengulas maklumat yang tular menerusi media sosial, Aminuddin menafikan bahawa Rafizi Ramli akan dilantik sebagai senator mewakili Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia