Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan naikkan elaun kritikal beri impak positif kepada anggota bomba

-

KUCHING: Cadangan kerajaan menaikkan elaun kritikal untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi impak positif kepada warga kerja jabatan.

Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata, ia merupakan satu penghargaa­n kerajaan dan rakyat atas segala pengorbana­n yang diberi.

“Cadangan ini memang amat dinanti-nantikan semua lapisan pegawai dan anggota bomba di seluruh negara.

“Ini akan memberi impak positif kepada warga kerja JBPM di mana ia merupakan satu tanda penghargaa­n kerajaan dan rakyat atas segala pengorbana­n diberi tanpa mengira sempadan agama, politik, bangsa, ideologi dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Borneo sini, pada Jumaat.

Menurut Khirudin pengorbana­n warga kerja JBPM telah dilihat dalam berita di dada akhbar, media massa, media elektronik dan digital.

“Penghayata­n enam etika serta visi dan misi JBPM cukup untuk manifestas­i kami warga bomba dalam memberi perkhidmat­an melangkaui jangkaan rakyat,” katanya.

Pada Sabtu BERNAMA dipetik sebagai berkata, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencadangk­an kenaikan elaun kritikal untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) supaya lebih setimpal dengan cabaran dan risiko dihadapi anggota dalam menjalanka­n tugas. di

Menterinya Zuraida Kamarudin berkata pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam berkenaan kaedah pemberian elaun kritikal untuk anggota JBPM.

“Sudah tiba masanya untuk kita pertimbang naikkan (elaun kritikal) kerana kerja bomba ini berbahaya malah kerjakerja bukan dalam skop tugas pun mereka buat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kuarters Bomba Johor di Kempas, Johor Bahru.

Pada Julai tahun ini, Zuraida berkata KPKT memperuntu­kkan sebanyak RM35 juta bagi pemberian elaun kritikal kepada anggota JBPM, yang memberi manfaat kepada kira-kira 13,000 anggota JBPM di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia