Utusan Borneo (Sabah)

Rebut peluang penubuhan 50 taska di premis kerajaan

-

KUCHING: Kementeria­n atau agensi yang mempunyai bilangan pekerja wanita yang ramai perlu merebut peluang penubuhan 50 taska yang dikenal pasti dibina di premis kerajaan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pemangunan KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, di Sarawak terdapat dua kementeria­n yang mempunyai pekerja wanita terbesar iaitu Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pendidikan.

“Dua kementeria­n berkenaan mempunyai bilangan pekerja wanita yang besar di Sarawak.

“Ketua jabatan di bawah dua kementeria­n tersebut perlu merebut peluang ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

Fatimah berkata di Sarawak terdapat enam taska di tempat kerja daripada 238 jumlah taska di negeri ini.

“Sebanyak 37 taska di rumah juga memberi manfaat kepada wanita bekerja,” tegasnya.

Sebelum ini BERNAMA dipetik sebagai berkata, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengenal pasti 50 taska yang akan dibina di premis kerajaan pada tahun depan bagi meringanka­n permasalah­an wanita yang bekerja syif.

Timbalan Menteri berkenaan, Hannah Yeoh berkata, pada masa ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bahagian kanak-kanak telah memperoleh senarai nama agensi yang telah menghubung­i jabatan itu bagi mendapatka­n bimbingan untuk menubuhkan taska.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentang­kan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, memperuntu­kkan RM10 juta untuk menambah 50 taska di bangunan kerajaan ke arah meringanka­n bebanan ibu yang bekerja. Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarka­n semua agensi kerajaan yang mempunyai petugas bekerja secara syif menubuhkan taska di tempat masing-masing mulai Januari 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia