Utusan Borneo (Sabah)

Aliran masuk dana asing akan bertambah baik

Pada Khamis lepas, RM123.3 juta dana asing masuk iaitu kemasukan tertinggi sejak 8 November

-

KUALA LUMPUR: Aliran masuk dana asing dijangka bertambah baik pada minggu-minggu berikutnya seperti yang ditunjukka­n melalui kemasukan sebanyak RM123.3 juta dana asing pada Khamis, kemasukan tertinggi sejak 8 November.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata kemasukan yang tinggi juga membantu menurunkan aliran keluar bersih dana asing minggu lalu sebanyak RM181.1 juta sehingga Khamis.

Mengatakan bahawa ini mungkin petunjuk dana asing melihat Malaysia dengan lebih positif, beliau menambah, lebihan akaun semasa negara yang konsisten membantu terhadap sentimen yang kukuh ini.

“Mereka menyedari bahawa Malaysia adalah satu daripada beberapa pasaran pesat membangun yang secara konsisten merekodkan lebihan akaun semasa. Sejak 20 tahun lepas, kita tidak merekodkan sebarang defisit akaun semasa, bermakna bahawa kita hidup dengan baik sesuai kemampuan kita, tidak terlebih belanja dan tidak terlebih import,” katanya kepada Bernama.

Pong juga berkata bahawa, pelabur tidak terkesan dengan perkembang­an semasa yang menyelubun­gi Tabung Haji (TH) dan tidak mengurangk­an pendedahan kepada pasaran ekuiti kerana melihat pasaran secara keseluruha­n.

Bagaimanap­un katanya, cadangan TH untuk menjual peganganny­a, terutama dalam kaunter bermodal kecil akan memberi impak besar kepada pasaran ekuiti tempatan dan menjejaska­n sentimen dalam kalangan pelabur tempatan.

“Melihat kepada saiz dana mereka, ia mungkin sebesar RM10 bilion nilai saham yang akan dijual di pasaran,” katanya.

Pong berkata, disebabkan sentimen dalaman dan luaran yang berhati-hati, aktiviti meningkatk­an penampilan prestasi dana dijangka hanya akan bermula akhir bulan ini.

“Saya tidak berani mengatakan bahawa apa-apa usaha meningkatk­an penampilan prestasi yang diterajaui oleh dana tempatan sudah dimulakan, kerana tidak terdapat bukti yang konsisten kenaikan FBM KLCI, sebaliknya pada hari di mana pasaran global secara keseluruha­n lemah, indeks menurun,” katanya.

TH baru-baru ini mengumumka­n bahawa ia bercadang menstruktu­r semula portfolion­ya dan mengurangk­an asetnya di pasaran saham kepada 20 peratus daripada portfolion­ya daripada kira-kira 50 peratus pada masa ini.

Lembaga pengarah dana jemaah haji itu juga berkata bahawa, mereka berhati-hati berhubung pegangan dalam saham bermodal kecil dan mahu memberi tumpuan kepada saham hasil dividen.

Untuk masa hadapan, Pong berkata, pasaran akan memantau perkembang­an perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China

“Pasaran bertindak balas secara asas harian terhadap sebarang pengumuman berhubung perang perdaganga­n itu,” katanya dan menambah, hasil mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS yang dijangka pada 18 dan 19 Disember, sedang ditunggu-tunggu bagi mengukur pendirian dasar monetari bank pusat AS.

“Jika Rizab Persekutua­n AS meningkatk­an kadar faedah atau menunjukka­n ke arah itu, dolar AS akan mengukuh,” katanya.

Pong juga berkata, mesyuarat itu akan memberikan beberapa petunjuk terhadap langkah seterusnya Rizab Persekutua­n AS untuk 2019.

“Secara amnya, pasaran menjangka kadar faedah akan terus meningkat tahun depan,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia