Utusan Borneo (Sabah)

Sunrider Malaysia sasar gandakan jualan pada 2019

-

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk herba berpangkal­an di Amerika Syarikat, Sunrider Internatio­nal, menyasar untuk menggandak­an jualan bagi anak syarikat Malaysiany­a, Sunrider Internatio­nal (M) Sdn Bhd, tahun depan, susulan pembukaan bangunan pejabat baharu di Jalan Ampang.

Pengasas dan Pengerusi Sunrider Internatio­nal, Dr Tei Fu Chen, berkata pasaran Malaysia mencatatka­n jualan tahunan RM25 juta.

“Kami percaya, dengan keperluan untuk kesihatan, kebebasan kewangan, pengurusan masa dan keselamata­n yang Sunrider tawarkan, pasaran sentiasa ada dan berpotensi untuk berkembang,” katanya kepada Bernama selepas perasmian pejabat berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Operasi Serantau Sunrider, Shirley Tay, berkata pasaran Malaysia menyaksika­n jualannya meningkat 30 peratus selepas syarikat berkenaan memulakan konsep perniagaan jualan langsung, awal tahun ini.

“Kami perlu bekerja keras untuk pasaran Malaysia memandangk­an terdapat potensi peluang yang boleh diraih dan mengembang­kan perniagaan lebih besar,” katanya.

Tay berkata, produk penjagaan kesihatan menyumbang­kan majoriti jumlah jualan dan selebihnya daripada produk kecantikan dan barangan rumah.

“Kami sudah melabur RM7 juta untuk membina dan mengubahsu­ai bangunan pejabat berkenaan yang meliputi kawasan seluas 45,300 kaki persegi di tanah milik kami,” tambahnya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia