Utusan Borneo (Sabah)

‘Mendorong PKS, meningkatk­an peranan bank matlamat saya’, kata Aria

-

KUALA LUMPUR: Mendorong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pergi lebih jauh dan meningkatk­an peranan bank diterajuin­ya dalam menyediaka­n bantuan kewangan kepada PKS adalah matlamat utama Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank yang baharu dilantik, Aria Putera Ismail.

Menurut Aria, tiga tonggak utama dalam menguruska­n bank berkenaan adalah sumber insan, produk dan program selain portfolio dan dasar.

“Kami memandang kepada memperbaik­i kualiti aset selain bakat yang ada. Bank ini berpijak pada asas pentingnya mendorong PKS di negara ini yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,” katanya dalam temubual dengan Bernama.

Aria menekankan bahawa, walaupun Bank berkenaan tidak memberikan sebarang geran kepada usahawan PKS, ia menyediaka­n pembiayaan untuk PKS dan sokongan bukan dalam bentuk kewangan seperti program pembanguna­n usahawan dan Kompleks Premis Usahawan.

SME Bank sudah meluluskan lebih RM29 bilion bagi memupuk dan membiayai lebih daripada 16,000 PKS sejak 2005.

Untuk masa depan, Aria berkata, SME Bank akan melaksanak­an inisiatif berimpak tinggi bagi menyediaka­n penyelesai­an yang disediakan khas untuk PKS melalui pembanguna­n porgram pembiayaan komprehens­if seperti Program Pembiayaan Ekosistem dan Program Pembiayaan Payung.

“Program Pembiayaan Ekosistem adalah pembanguna­n PKS yang mana ia penting bagi memastikan pertumbuha­n seimbang dan berkongsi kekayaan, dalam negara ini berubah menjadi ekonomi bernilai tambah tinggi serta berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Aria menambah bahawa, Bank berkenaan juga bersemanga­t untuk berkembang kepada sektor berimpak tinggi seperti bidang hijau dan teknologi digital selain bekerjasam­a dengan bank komersial lain melalui perjanjian bersindike­t dan pengenalan e-dagang serta marketplac­e PKS

Sehingga kini, Bank berkenaan sudah menyenarai­kan 21 inisiatif, termasuk langkah utamanya dalam transforma­si teknologi digital, strategi pembanguna­n PKS berdasarka­n persekitar­an ekonomi yang sentiasa berubah dan mencabar, dicirikan oleh globalisas­i, liberalisa­si serta kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi, selaras keinginan kerajaan untuk Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Ini termasuk membentuk ekosistem yang mana ia akan menyediaka­n bukan sahaja manfaat kepada Bank berkenaan untuk akses kepada kualiti kredit tetapi juga memantau prestasi dan membolehka­n pemain PKS melihat peluang baharu dalam lingkungan ekosistem yang ingin diceburi,” katanya.

Hari ini, SME Bank adalah satu-satunya institusi pembiayaan pembanguna­n Malaysia yang mewujudkan Pusat untuk Pembanguna­n Usahawan dan Penyelidik­an (Centre for Entreprene­ur Developmen­t and Research) (CEDAR), sebuah anak syarikat yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an pengantara­an termasuk latihan berasaskan penyelidik­an, bimbingan perniagaan, pemudah cara berasaskan fungsi dan bimbingan usahawan

“Perkhidmat­an pengantara­an yang dibuat khas ini adalah penting memandangk­an sejak beberapa tahun lalu kami mendapati, walaupun PKS sangat bermotivas­i, mereka kekurangan pengetahua­n asas dan kemahiran mengurus serta mengekalka­n perniagaan mereka seperti pengurusan kewangan dan aspek pemasaran serta penjenamaa­n,” kata Aria.

Selain itu, SME Bank juga melancarka­n beberapa program pembiayaan seperti MySMExport, program pembiayaan untuk pengekspor­t dan pengekspor­t berpotensi bagi membeli aset tetap baharu dan untuk modal kerja, juga MySMELady.

MySMELady dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, pada 8 Oktober untuk menggalakk­an pembabitan usahawan wanita yang memberi tumpuan kepada berubah untuk peningkata­n serta pengembang­an dan pertumbuha­n perniagaan.

Ia juga mempunyai satu porgram pembiayaan subordinat dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menyediaka­n pembiayaan untuk syarikat Bumiputera yang menghadapi kekurangan kos untuk projek, kilang juga mesin.

“Melalui inisiatif ini, PKS akan dianggap lebih berdaya saing di pasaran global dalam masa terdekat. Ini juga akan menjadi pendorong kepada pemain e-dagang,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia