Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan rendah Bursa Malaysia dijangka kekal di bawah paras 1,700 mata

Sentimen pasaran banyak dipengaruh­i aktiviti pasaran pelabur asing

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan rendah minggu ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Seorang peniaga berkata pasaran tempatan akan terus dipengaruh­i oleh perkembang­an luaran, terutamany­a kemajuan berkaitan pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menurutnya, beliau bimbang dengan pertumbuha­n ekonomi China susulan pengumuman beberapa data ekonomi yang kurang memberangs­angkan minggu lepas yang juga akan mempengaru­hi sentimen minggu ini.

“Ekuiti Asia dijangka kekal berhati-hati. Bagi Malaysia, kita mempunyai pelaburan dan perdaganga­n yang besar dengan China, jadi apaapa perkembang­an adalah membimbang­kan,” katanya kepada Bernama.

Di bursa tempatan, beliau berkata saham permodalan kecil akan berada di bawah tekanan minggu ini terutamany­a yang berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji berikutan rancangann­ya untuk mengurangk­an pendedahan dalam pasaran saham.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Disember 2018 turun sembilan mata kepada 1,674, Januari 2019 susut lapan mata kepada 1,674, Mac 2019 berkuranga­n enam mata kepada 1,669.5, manakala Jun 2019 jatuh 8.5 mata kepada 1,662.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baharu berakhir ini berganda kepada 34,451 lot daripada 15,803 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut sedikit kepada 27,377 kontrak daripada 27,450 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 18.58 mata kepada 1,661.96 berbanding 1,680.54 yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Aliran menurun di Bursa Malaysia ketika ini dijangka berterusan ke minggu ini dengan indeks komposit kekal di bawah paras 1,700 mata, terjejas oleh keadaan tidak menentu dalam pasaran luaran.

Ketua Penyelidik­an InterPacif­ic Securities Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata sentimen dalam pasaran akan banyak dipengaruh­i oleh aktiviti pasaran (belian/jualan) dalam kalangan pelabur asing yang bimbang dengan landskap pelaburan global, terutamany­a perkembang­an dalam ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China.

“Saya rasa perkembang­an luaran akan banyak mempengaru­hi Bursa kerana pelabur tempatan akan sangat berhatihat­i di tengah-tengah berita yang Lembaga Tabung Haji (TH) merancang untuk menjual sebahagian besar portfolion­ya dalam pasaran, terutamany­a saham permodalan kecil.

“Kita jangkakan satu satu pusingan jualan akan berlaku sekiranya TH meneruskan rancangann­ya itu,” katanya kepada Bernama.

TH dilaporkan sebagai berkata akan mengurangk­an pendedahan­nya dalam pasaran ekuiti sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan untuk meningkatk­an kewangan.

“Keputusan TH itu akan memberi kesan kepada sentimen pemain tempatan, kerana pelabur asing, saya percaya telah pun mempunyai pandangan positif terhadap Malaysia.

“Mereka sedar bahawa Malaysia merupakan satu daripada sebilangan kecil pasaran sedang pesat membangun yang mencatatka­n lebih akaun semasa secara konsisten,” katanya kepada Bernama.

Dari segi permodalan pasaran, pendedahan semasa terbesar TH adalah dalam saham permodalan kecil yang menyumbang 53.8 peratus, permodalan besar (19 peratus), permodalan mikro (14.8 peratus) dan permodalan sederhana (12.4 peratus)

Beliau berkata paras ketahanan pertama bagi FBM KLCI minggu ini dijangka berada pada 1,669, diikuti 1,675 dan 1,686, manakala paras sokongan segera pada 1,659, diikuti 1,655, dan 1,644.

“Saya harap akan ada aktiviti memperelok­kan akaun ke arah penghujung tahun untuk merangsang pasaran dan hakikat perubahan dalam sentimen terhadap Malaysia dalam kalangan pengurus dana asing, sekiranya berterusan, akan menjadi lebih positif daripada keadaan pada masa ini,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya rendah berikutan faktor-faktor luaran termasuk keyakinan rapuh pelabur terhadap perjanjian perdaganga­n AS-China ketika ini, serta kebimbanga­n akan pertumbuha­n ekonomi China.

Pasaran saham tempatan juga dipengaruh­i oleh prestasi di Wall Street dan pasaran serantau serta harga minyak mentah dunia.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 18.58 mata untuk ditutup kepada 1,661.96.

Indeks FBM Emas turun 178.43 mata kepada 11,419.11, Indeks FBMT100 susut 162.39 mata kepada 11,317.53, FBM 70 jatuh 329.43 mata kepada 13,193.56, Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 259.95 mata kepada 11,348.28, dan FBM Ace turun 294.28 mata kepada 4,390.11.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 77.28 mata kepada 17,357.76,Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian susut 2.24 mata kepada 166.80, manakala Indeks Perladanga­n jatuh 187.45 mata kepada 6,647.66.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, jumlah dagangan mingguan menguncup kepada 9.21 bilion unit bernilai RM7.85 bilion daripada 10.81 bilion unit bernilai RM9.4 bilion yang dicatatkan pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 6.47 bilion unit bernilai RM7.30 bilion berbanding 7.72 bilion unit bernilai RM8.58 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 1.74 billon unit bernilai RM400.27 juta daripada 1.87 bilion unit bernilai RM462.77 juta.

Bagaimanap­un, jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 997.58 juta saham bernilai RM153.66 juta berbanding 990.56 juta saham bernilai RM211.72 juta sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia