Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas menyaksika­n dagangan berhati-hati PTKL dijangka diniagakan tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n berhati-hati minggu ini kerana pelabur bimbang berhubung mesyuarat Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang dijangka diadakan minggu ini, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao, berkata kadar faedah AS akan menjadi tajuk utama minggu ini dan sama ada Fed akan mengumumka­n satu lagi peningkata­n kadar faedah.

Pelabur akan menukar fokus mereka kepada peningkata­n kadar faedah AS minggu ini, yang mana mesyuarat Fed akan diadakan pada 18 Disember.

Asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Disember 2018, Januari 2019, Februari 2019 dan Mac 2019 kesemuanya meningkat 28 mata masing-masing kepada RM167.00 segram, RM167.0 segram, RM167.1 segram dan RM167.20 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut satu lot bernilai RM16,700 daripada 10 lot bernilai RM164,930 minggu sebelumnya, sementara kepentinga­n terbuka susut kepada 26 kontrak daripada 27 kontrak sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap komoditi itu dengan harga berada dalam jajaran antara AS$19,200 dan AS$19,400 setan metrik.

Seorang peniaga berkata beliau menjangkak­an pedagang mula menyimpan stok komoditi itu sebelum mereka bercuti panjang pada hujung tahun.

“Harga timah di paras tertinggin­ya setakat ini, ditutup pada minggu ini pada AS$19,300 setan metrik merupakan paras tertinggi bagi bulan ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga PTKL meningkat AS$280 kepada AS$19,300 setan metrik, manakala jumlah dagangan meningkat kepada 210 tan metrik daripada 95 tan metrik pada minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia