Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan KLIBOR lengang Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivatif berkemungk­inan kekal lengang minggu ini berikutan kekurangan rangsangan.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kontrak hadapan KLIBOR tidak didagangka­n sepanjang minggu dengan jumlah dagangan dan kepentinga­n terbuka kekal sifar.

Bulan semerta Disember 2018, Januari 2019, Februari 2019 dan Mac 2019 masing-masing pada 96.27, 96.25, 96.24 dan 96.22.

Asas tiga bulan KLIBOR tidak berubah pada 3.69 peratus minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu ini susulan operasi Bank Negara Malaysias (BNM) untuk mengurangk­an lebihan mudah tunai dalam pasaran wang.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, kadar rujukan Islam semalaman tidak berubah daripada paras minggu sebelumnya pada 3.19 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.26 peratus, 3.30 peratus 3.35 peratus.

Sepanjang minggu, bank pusat menjalanka­n operasi setiap hari untuk menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender, termasuk tender pasaran wang konvension­al, tender Qard dan tender Qard lelongan matang pelbagai Islam.

BNM juga mengeluark­an Bil Antara Bank Bank Negara, tender pasaran wang lelongan matang pelbagai dan tender repo berbalik.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvension­al bagi minggu ini turun kepada RM20.21 bilion daripada RM26.75 bilion sebelumnya manakala dalam sistem Islam ia turun kepada RM8.92 bilion daripada RM14.37 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia