Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah dijangka lengang minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan lengang minggu ini di tengah-tengah kekurangan petunjuk baharu, dengan kebanyakan peniaga menjejaki dengan rapat pergerakan pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Katanya, pengendali pasaran dijangka bertindak positif dalam masa terdekat berdasarka­n pengumuman Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC).

“Sebagai langkah segera untuk memperbaik­i situasi pasaran getah asli (NR) yang akan memberi manfaat kepada pekebun kecil, pegawai daripada tiga negara anggota akan bermesyuar­at sebelum hujung tahun ini bagi memuktamad­kan langkah yang akan dilaksanak­an oleh ITRC bermula awal 2019,” katanya kepada Bernama.

Tiga negara berkenaan – Thailand, Indonesia dan Malaysia menyatakan kebimbanga­n bahawa pasaran didorong oleh persepsi berdasarka­n data yang tidak tepat di sebalik imbangan yang baik bekalan NR semasa, permintaan dan stok berkaitan NR, tambahnya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah didagangka­n bercampur-campur.

Asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 meningkat setengah sen kepada 514.0 sen sekilogram, sementara lateks pukal susut satu sen kepada 376.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi 5 petang untuk SMR 20 meningkat 3.5 sen pada 514.5 sen sekilogram sementara lateks pukal susut satu sen pada 376.5 sen sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia