Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan hanya kelirukan masyarakat

TH diletak di bawah BNM untuk tambah baik tadbir urus

-

BALIK PULAU: Petisyen Membantah Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementeria­n Kewangan dilihat satu tindakan untuk mengeliruk­an orang ramai dengan menggunaka­n isu perkauman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ia kerana langkah meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) hanya bertujuan menambah baik tadbir urus institusi itu.

“Oleh kerana TH adalah duit orang kampung dan orang susah yang simpan nak pergi haji, kita harus lindungi mereka dengan meletakkan BNM sebagai regulator (pengawal selia) untuk membuat semak dan imbang.

“Kalau TH tiada regulator, pengerusi lembaga pengarah boleh buat ikut suka, nak labur sana sini, nak manipulasi laporan kewangan tiada keuntungan letak keuntungan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau ditanya mengenai petisyen dalam talian itu yang dikatakan bertujuan menyelamat­kan aset umat Islam daripada jatuh ke tangan bukan Islam.

“Saya rasa kita mesti berganjak daripada FUZIAH SALLEH

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri permikiran rasis kerana selama ini mereka-mereka yang membuat salah dalam TH, oleh kerana tiada regulator, kita membiarkan mereka terlepas daripada kesilapan mereka,” kata Fuziah.

Beliau juga mengulangi BNM hanya pengawal selia prosedur pengurusan TH dan tidak mengawal dana atau aset institusi itu.

Malah katanya pada 2016, gabenor BNM ketika itu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pernah membangkit­kan masalah dalam TH namun tidak diendahkan manakala BNM pula tidak tidak boleh bertindak kerana tiada kuasa terhadap institusi berkenaan.

“Oleh kerana TH adalah duit orang kampung dan orang susah yang simpan nak pergi haji, kita harus lindungi mereka dengan meletakkan BNM sebagai regulator (pengawal selia) untuk membuat semak dan imbang. ”

“Kalau BNM ada kuasa sebagai pengawal selia atau semak dan imbang, ini akan beri kelebihan kepada pendeposit,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumka­n TH akan diletakkan di bawah kawal selia BNM bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.

 ??  ?? FUZIAH merasmikan Koperasi Angkatan Muda Kebajikan (AMK) Balik Pulau, pada Ahad. Turut sama Exco Perdaganga­n Antarabang­sa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembanguna­n Keusahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain (kanan) dan Ketua AMK Balik Pulau, Muhammad Adzlan Adzhar (dua, kanan). -Gambar Bernama
FUZIAH merasmikan Koperasi Angkatan Muda Kebajikan (AMK) Balik Pulau, pada Ahad. Turut sama Exco Perdaganga­n Antarabang­sa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembanguna­n Keusahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain (kanan) dan Ketua AMK Balik Pulau, Muhammad Adzlan Adzhar (dua, kanan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia