Utusan Borneo (Sabah)

TNB bantu 200 murid dari keluarga susah sekitar Sikamat di bawah Program Back to School

-

SEREMBAN: Program ‘Back to School 2019’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) diteruskan tahun ini dengan 200 murid lagi dari keluarga miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, menerima bantuan keperluan persekolah­an.

Ia merupakan salah satu daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) TNB yang melibatkan pelajar berusia antara tujuh dan 12 tahun, yang masing-masing menerima bantuan berupa kelengkapa­n pakaian sekolah, beg sekolah dan alat tulis.

Pengurus Besar Perkhidmat­an Pelanggan Bahagian Pembahagia­n TNB Negeri Sembilan Wan Ishak Soed berkata pemilihan penerima adalah berdasarka­n kriteria yang ditetapkan ibu pejabat TNB, iaitu golongan asnaf, dan golongan miskin tegar di bawah B40.

“Kita serahkan kepada pejabat DUN sendiri untuk mencari muridmurid dari sekolah sekitar Seremban, DUN Sikamat, DUN Labu yang amat-amat memerlukan, dalam membantu mereka memulakan sesi persekolah­an tahun hadapan.

“Setiap mereka menerima kelengkapa­n persekolah­an bernilai RM200 melibatkan jumlah keseluruha­n RM40,000 yang disediakan TNB ,” katanya pada program serahan bantuan kelengkapa­n persekolah­an Back To School yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Luar Bandar Negeri Ismail Ahmad, di sini pada Ahad.

“TNB juga akan melaksanak­an program ini di Tampin dan Port Dickson dengan setiap kawasan masing-masing melibatkan 200 murid. Jumlah keseluruha­n murid yang akan diberikan bantuan oleh TNB bagi seluruh Negeri Sembilan ialah 600 murid, melibatkan kos RM120,000,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia