Utusan Borneo (Sabah)

NIOSH, IOSH tandatanga­ni memorandum kerjasama

-

KUALA LUMPUR: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) komited untuk membantu meningkatk­an tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di Malaysia melalui kerjasama dengan pertubuhan tempatan dan asing.

Dalam kenyataan , pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata sebagai contoh langkah NIOSH menandatan­gani memorandum kerjasama (MoC) dengan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (IOSH) United Kingdom pada Persidanga­n Tahunan Pertubuhan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik ke-33 (APOSHO 33) di Hong Kong baru-baru ini.

“Di bawah MoC itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatk­an standard profesiona­lisme serta berkongsi maklumat dan pengetahua­n tentang prinsip, kecekapan dan amalan terbaik yang meliputi pelbagai bidang dan isu utama OSH, termasuk kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja, bekerja di tempat tinggi dan ruang terkurung,” katanya.

Menurut Lee, NIOSH dan IOSH akan bekerjasam­a dalam projek kepentinga­n bersama ke arah meningkatk­an profesiona­lsme dan kecekapan anggota dan menghasilk­an bahan latihan OSH yang sesuai untuk disampaika­n ke seluruh Malaysia dan rantau ini, di samping menyediaka­n perundinga­n dan menjalanka­n penyelidik­an.

“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada Malaysia kerana NIOSH juga akan mengundang pakar IOSH untuk membuat pembentang­an dan menyertai acara NIOSH seperti seminar dan persidanga­n.

“Selain itu, kami akan berganding bahu dalam bidang penyelidik­an dan penyebaran hasil penyelidik­an tentang kemajuan IT berkaitan OSH demi manfaat sektor industri,” katanya.

Leeberkata­penandatan­gananMoC itu adalah sejajar dengan komitmen NIOSH untuk menggalakk­an wujudnya persekitar­an bekerja yang lebih selamat dan sihat di Malaysia.

IOSH adalah badan pengiktira­fan bagi profesiona­l berkaitan kesihatan dan keselamata­n yang mempunyai lebih 47,000 anggota di lebih 130 negara, sekali gus menjadikan­nya pertubuhan profesiona­l kesihatan dan keselamata­n terbesar dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia