Utusan Borneo (Sabah)

Jalan di sekitar Alor Setar ditutup bersempena Perarakan Kereta Berhias

-

ALOR SETAR: Beberapa jalan utama di ibu negeri akan ditutup bermula hari ini (Isnin) dan Selasa ini berikutan Perarakan Kereta Berhias bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata, penutupan bermula pukul 6 petang membabitka­n laluan utama perarakan dari persimpang­an lampu isyarat Lebuhraya Darulaman hingga ke Dataran Bandar di hadapan Masjid Zahir, di sini.

Dalam kenyataan di sini pada Ahad, beliau berkata turut ditutup ialah persimpang­an lampu isyarat di simpang Hospital Lama Alor Setar, simpang Bakar Bata, simpang Kanchut/Bina Darulaman Sdn Bhd, simpang Tambang Badak, simpang Istana Lama, simpang Mahkamah Lama dan Simpang Pekan Melayu.

“Untuk raptai perarakan kereta berhias esok dan hari perarakan sebenar pada Selasa, semua jalan yang menghubung­kan dengan laluan utama juga akan dilencongk­an iaitu dari Persiaran Sultan Abdul Hamid akan dilencongk­an di persimpang­an lampu isyarat Bunga Tanjung menghala ke Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan di lampu isyarat Pekan Melayu menghala ke Jalan Tunku Ibrahim (pusat bandar).

“Lencongan juga dari arah utara iaitu dari Anak Bukit yang mana kenderaan akan diarah membuat pusingan di persimpang­an Hospital Lama Alor Setar ke Jalan Suka Menanti melalui jambatan Seberang Pumpong atau ke Shahab Perdana.

“Kenderaan dari Shahab Perdana akan bergerak terus di persimpang­an lampu isyarat hospital lama ke arah tol utara begitu juga kenderaan dari Anak Bukit boleh membelok ke kiri ke arah tol atau ke kanan ke arah Shahab Perdana. Kenderaan dari arah Jalan Langgar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Plaza Tol Utara akan dilencongk­an masuk ke lampu isyarat Alor Semadom menghala Jalan Tun Razak, Jalan Stadium, dan pusat bandar,” katanya.

Mohd Rozi berkata semua jenis bas dinasihatk­an menggunaka­n jalan keluar atau masuk melalui Plaza Tol Alor Setar (Selatan) untuk ke Shahab Perdana, manakala di bulatan Stadium, semua kenderaan tidak dibenarkan menghala ke lampu isyarat Bakar Bata, begitu juga di Bulatan Telok Wanjah semua kenderaan tidak dibenarkan menghala ke lampu isyarat Tambang Badak.

Selain itu semua kenderaan dari arah Jalan Langgar yang melalui Jalan Telok Wanjah tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke lampu isyarat Tambang Badak sebaliknya akan dilencongk­an masuk ke laluan bawah jambatan Telok Wanjah/Lorong Merpati.

“Lencongan juga dari arah Jalan Tengah/Meranti, Jalan Tambang Badak dilencongk­an ke kiri terus ke Jalan Gangsa/Aeon Big, manakala kenderaan dari arah Jalan Gangsa tidak dibenarkan membelok masuk ke Jalan Tambang Badak, kenderaan dari arah Jalan Putra Ke Simpang Mahkamah Lama akan dilencongk­an ke Jalan Tengah/Jalan Pintu 10,” katanya.

Menurutnya semua lorong jalan keluar dan masuk ke jalan laluan utama perarakan akan dikawal oleh petugas trafik bermula dari penutupan jalan sehingga acara selesai.

“Jalan akan dibuka semula kepada semua lalu lintas selepas acara selesai dan pengguna jalan raya dinasihatk­an supaya merancang perjalanan dan menggunaka­n jalan alternatif bagi mengelak kesesakan yang mungkin berlaku,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia