Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Austria bantah pakatan sayap kanan

Ribuan berkumpul di ibu negara bagi menolak kepimpinan tidak toleran migran

-

VIENNA: Beribu-ribu penunjuk perasaan di Vienna menempuh keadaan bersalji dan suhu yang sangat sejuk kelmarin bagi membantah pakatan pemerintah Austria di antara pihak konservati­f dan haluan kanan setahun selepas mereka memegang kuasa.

Kira-kira 17,000 orang berkumpul di jalan raya di ibu negara di sebalik keadaan cuaca buruk, menurut kepada anggaran polis, sementara pihak penganjur menyatakan kehadiran adalah 50,000 orang.

Ramai yang mengibarka­n kain rentang bertulis “Pihak fasis sila keluar dari kerajaan”, “Rasisme membuatkan saya tidak selesai ”, dan“lebih banyak kasih sayang, keberanian, perpaduan”, ketika mereka bergerak melalui Vienna sebelum berkumpul di luar istana diraja Hofburg.

Rali itu diadakan pada petang bagi ulang tahun pertama sejak kaunselor parti rakyat (OeVP) pimpinan Kaunselor Sebastian Kurz dan Parti Kebebasan (FPOe) haluan kanan memegang tugas pada 18 Disember, 2017.

Di bawah kepimpinan mereka, Austria yang turut memegang presiden EU sehingga hujung Disember, telah memperkena­lkan siri langkah-langkah anti-imigrasi yang tegas sepanjang tahun lepas.

Dalam tindakan terbaharu, kerajaan pada bulan lepas memuktamad­kan maklumat bagi pemotongan kebajikan bertujuan terhadap pendatang, dalam satu tindakan dikritik oleh pejuang kempen antikemisk­inan dan kumpulan gereja.

“Kami mahu Austria yang berlainan,” menurut MP Andreas Schieder daripada parti pembangkan­g Demokrat Sosial (SPOe).

Schieder merupakan calon utama SPOe dalam pilihan raya Parlimen Eropah pada Mei 2019, ketika parti-parti tradisiona­l berdepan cabaran utama daripada populis haluan kanan dan eurospekti­f.

Dengan perkembang­an sebanyak tiga peratus dijangkaka­n pada tahun ini dan salah satu dari kadar penganggur­an terendah bagi zon euro sebanyak 5.6 peratus, pakatan Austria masih lagi berada tinggi dalam pungutan suara.

Parti Kurz, People’s Party telah memenangi 31.5 peratus dari undian dalam pilihan raya tahun lepas, namun sekarang memperoleh­i kirakira 35 peratus dalam pungutan suara.

Parti Kebebasan, diketuai oleh Timbalan Kaunselor Heinz-Christian Strache, hanya berkuranga­n sedikit dari 26 peratus bagi undian yang dimenangi pada tahun lepas kepada kira-kira 24 peratus.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG penunjuk perasaan membawa bendera SPOe semasa menyertai protes di Heldenplat­z di Vienna, kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG penunjuk perasaan membawa bendera SPOe semasa menyertai protes di Heldenplat­z di Vienna, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia