Utusan Borneo (Sabah)

Empat ahli keluarga penyerang bersenjata Strasbourg dibebaskan

-

PARIS: Empat anggota keluarga penyerang bersenjata yang melancarka­n serangan tembakan maut di sebuah pasar popular Krismas di bandar Strasbourg di Perancis telah dibebaskan dari tahanan kelmarin, menurut pejabat pendakwa raya Paris.

Tiga orang lagi yang rapat dengan penyerang Cherif Chekatt, yang ditembak mati oleh polis pada Khamis lepas, masih lagi berada dalam tahanan, menurutnya.

Namun ibu bapanya dan dua saudara lelakinya telah dibebaskan kerana kekurangan bukti yang menunjukka­n penglibata­n mereka pada peringkat ini, tambah pejabat pendakwa raya.

Lebih 700 anggota keselamata­n Perancis telah memburu Chekatt berusia 29 tahun sejak pertumpaha­n darah pada malam Selasa lepas, di mana empat maut, yang terbaharu dalam satu rangkaian serangan jihad untuk menggegark­an Perancis.

Menteri dalam negeri Perancis pada Jumaat lepas telah menolak dakwaan oleh kumpulan Islamic State (IS) bahawa ia bertanggun­gjawab atas serangan tersebut.

Pihak polis telah memberikan tumpuan siasatan mereka kepada sama ada Chekatt mendapat sebarang bantuan ketika melakukan serangan atau semasa dalam buruan.

Dalam temu bual yang disiarkan petang kelmarin, seorang lelaki dikenali sebagai ayah kepada Cherif Chekatt menyatakan anak lelakinya telah menjadi pengikut IS.

“Dia akan menyatakan Daesh sedang berjuang untuk sebab itu sahaja,” lelaki tersebut, dinamakan sebagai Abdelkrim Chekatt, memberitah­u televisyen France 2, menggunaka­n nama singkatan dalam bahasa Arab bagi IS.

“Saya memberitah­u dia ‘Lupakan tentang Daesh, jangan dengar apa yang mereka katakan. Jangan kamu melihat kekejaman yang mereka lakukan?’”

Beliau menambah bahawa beliau langsung tidak mengetahui tentang serangan itu.

“Sekiranya dia telah memberitah­u saya mengenai rancangann­ya, saya pasti akan melaporkan­nya kepada pihak polis, dengan itu dia tidak akan membunuh sesiapa atau mengorbank­an dirinya sendiri,” menurut lelaki itu lagi.

 ??  ??
 ?? Gambar AFP ?? PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron meletakkan sekuntum mawar putih di tapak peringatan serangan 11 Disember berdekatan pasar Krismas di Strasbourg, timur Perancis Jumaat lalu. —
Gambar AFP PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron meletakkan sekuntum mawar putih di tapak peringatan serangan 11 Disember berdekatan pasar Krismas di Strasbourg, timur Perancis Jumaat lalu. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia