Utusan Borneo (Sabah)

Kemboja rampas tiga tan gading Afrika

Lebih 3.2 tan gading gajah ditemui dalam kontena kapal dari Mozambique

-

PHNOM PENH: Kemboja telah merampas lebih 3.2 tan gading gajah yang disembunyi­kan dalam kontena simpanan yang dihantar dari Mozambique, menurut pegawai kastam semalam, menandakan rampasan gading terbesar di negara ini.

Penemuan pada Khamis lepas bagi 1,026 gading di Pelabuhan Autonomi Phnom Penh selepas maklumat daripada kedutaan Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa, menunjukka­n kemunculan Kemboja sebagai kawasan persinggah­an wilayah utama untuk dagangan bagi hidupan liar haram yang bernilai berbilion dolar.

“Gading gajah itu disembunyi­kan di antara batu marmar dalam kontena yang ditinggalk­an,” kata Sun Chhay, pengarah bagi Pejabat kastam dan Eksais di pelabuhan.

Beliau menyatakan gading itu dihantar dari negara selatan Afrika Mozambique dan tiba di pelabuhan itu tahun lepas.

Pemilik penghantar­an yang tidak dikenali itu tidak hadir untuk mengambil kargo tersebut.

Gambar rampasan besarbesar­an itu menunjukka­n barisan panjang gading gajah yang disusun di atas tanah di pelabuhan.

Sun Chhay menyatakan

fail Khamis lalu menunjukka­n pegawai kastam bersama gading hasil rampasan dari sebuah kontena perkapalan di pelabuhan Phnom Penh. — Gambar AFP

beliau tidak mengetahui sama ada penghantar­an telah ditujukan untuk pasaran di negara-negara lain.

Permintaan dari China dan Vietnam telah menyebabka­n perkembang­an penyeludup­an hidupan liar haram melalui Kemboja.

Penguatkua­saan undangunda­ng yang lemah dan rasuah telah menarik pihak penyeludup hidupan liar, terutama pada satu masa ketika negara jiran Thailand sedang membantera­s perdaganga­n yang diharamkan.

Gading adalah bernilai bagi kecantikan­nya ketika pasaran untuk perubatan tradisiona­l telah membawa kepada penyeludup­an tanduk badak dan sisik tenggiling.

Kemboja mempunyai satu populasi gajah yang kecil namun kemunculan­nya sebagai sebuah hab penyeludup­an baharu telah membawa kepada rampasan yang menjadi tajuk utama sejak lima tahun lepas.

Yang paling besar sebelum minggu ini berlaku pada 2014, ketika kastam Kemboja merampas kira-kira tiga tan gading yang disembunyi­kan di dalam kontena kacang di pelabuhan barat daya Sihanoukvi­lle.

Pada tahun lepas, Kemboja turut merampas hampir satu tan gading yang disembunyi­kan di dalam kayu balak yang berlubang yang dijumpai dalam sebuah kontena yang ditinggalk­an milik syarikat berpusat di Mozambique.

 ??  ?? GAMBAR
GAMBAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia