Utusan Borneo (Sabah)

Air Terjun Mahua saji keindahan alam kepada pengunjung

Air Terjun Mahua saji keindahan alam kepada pengunjung

- - Artikel Jabatan Penerangan

KEREDUPAN

suasana hutan hijau semulajadi serta bunyian unggas yang membisikka­n irama merdu pastinya mengikat hati sesiapa sahaja untuk datang berkunjung lagi ke lokasi keajaiban yang tersembuny­i di Air Terjun Mahua.

Perjalanan mengambil masa sejauh satu jam setengah dari Kota Kinabalu ke Tambunan dan melalui Kampung Patau terasa selamat serta mudah, kerana jalan raya yang elok dan berturap akan anda lalui.

Setibanya di Mahua, pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira tujuh minit pula untuk sampai ke kawasan air terjun, tetapi tempoh itu tidak terasa lama bergantung bagaimana caranya anda menikmati keindahan alam kerana laluan yang bakal ditempuh telah dihiasi dengan tumbuhan renek dan pemandanga­n pokok hutan yang indah terpelihar­a.

Walaupun demikian tenteram suasananya, menurut selebriti media sosial, Adam Shamil, Air Terjun Mahua merupakan destinasi pelanconga­n yang belum cukup dikenali jika dibandingk­an dengan tempat lain seperti di Kota Belud ataupun Kundasang, kerana ia merupakan tempat yang jarang didengari.

“Setiap kali apabila keluarga saya dari Kuala Lumpur datang ke Sabah untuk bercuti, mereka tidak tahu lokasi yang sesuai untuk dituju selain daripada Pulau Manukan dan Mamutik, lantas untuk kali ini saya bawa mereka ke sini.

“Jika dibandingk­an dengan tempat tarikan pelanconga­n yang lain, Air Terjun Mahua sememangny­a lokasi yang mudah dicari dengan menggunaka­n aplikasi Waze dan Google Maps.

“Datang ke sini tidak perlu melalui jalan yang berbukit bukau, walaupun agak jauh dari daerah Penampang tempat kami menetap, tapi bila sudah tiba di Mahua, memang rasa berbaloi,” katanya.

Tambahnya, tempat berkenaan mampu menjadi tarikan kerana kecantikan flora fauna di sana dan pada masa yang sama, dikenakan yuran masuk yang mampu milik.

Pengunjung hanya perlu membayar RM3 dan dapat melihat keindahan hutan yang dikurniaka­n kepada masyarakat di Sabah, justeru Adam merasakan ia satu peluang untuk kita menghargai ciptaan Tuhan.

“Penjagaan alam sekitar setakat ini memang cukup memberangs­angkan, ini merupakan kali ketiga saya berkunjung ke sini, dan saya perhatikan tempat ini memang terjaga bersih serta tiada sampah.

“Komuniti melakukan tugas yang baik dalam penjagaan alam sekitar... ia merupakan satu perkara yang penting kerana jika tempat ini kotor, pada masa akan datang akan memberi impak yang negatif dan secara tidak langsung akan mendorong pengunjung pergi ke tempat lain pula.

“Jadi, kebersihan alam sekitar dan kebersihan perlu diutamakan dan itu merupakan tanggungja­wab pengunjung yang datang ke sini, memastikan kebersihan dijaga dengan cukup baik,” ujarnya.

Adam turut berharap agar suatu hari nanti dan tidak lama lagi, Air Terjun Mahua akan menjadi tempat yang digemari serta menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Sabah dan wajib dikunjungi.

Dalam pada itu, salah seorang anggota penyelamat, Arthur Severinus, 37, yang baru sahaja melaporkan diri bertugas di Air Terjun Mahua pada Mac 2018, merasakan pengalaman berbeza berbanding bertugas di laut sebelum ini.

Beliau berkata ia berbeza bertugas di laut seperti sebelum ini kerana kebanyakan masanya tinggal di kawasan pulau dan keadaan cuaca di sana jauh berbeza berbanding di kawasan Mahua yang jauh lebih sejuk.

“Tugas kami di sini menyelamat pelancong yang mengalami kesukaran tidak dapat keluar dari laluan yang sejauh 12 kilometer seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan kami adalah antara penyelamat yang akan membantu.

“Kawasan air terjun ini mengalir sampai ke sungai, maka kami sentiasa perlu melakukan pemantauan yang kerap di sekitar kawasan air terjun untuk memastikan keselamata­n pelancong yang mandi dan beriadah,” jelasnya.

Menurut Arthur, pelancong yang kerap datang berkunjung selain daripada masyarakat tempatan ialah dari Semenanjun­g serta luar negara seperti Jepun, Itali, Belgium dan Jerman.

“Bilangan pelancong jika dilihat semakin meningkat dan menggalakk­an terutama sekali selepas laluan mendaki dibuka.

“Kawasan air terjun ini sudah mula menarik perhatian ramai orang yang bukan sahaja pendaki, tetapi juga mungkin pengunjung yang sudah berkunjung di sini dan berkongsi pengalaman yang mereka rasai hingga rakan serta keluarga turut sama ingin merasai pengalaman itu.

“Keseronoka­n di sini apabila bertugas saya dapat merasakan alam sekitar itu amat penting kepada kehidupan manusia dan saya rasa gembira serta menyayangi pekerjaan saya,” katanya.

Alam semulajadi membuatkan hati Arthur lebih bersungguh-sungguh untuk bekerja dan niat untuk menjaga alam sekitar beliau tanamkan dalam hati setiap hari.

Beliau turut berkongsi peristiwa ketika cuba menyelamat­kan beberapa pendaki yang terkandas di denai kerana berlaku fenomena banjir besar buat pertama kali di Mahua pada 3 Mac yang lepas.

“Pada ketika saya baru sahaja melaporkan diri bertugas pada hari ketiga, waktu itu air naik sangat tinggi dan pelancong kebanyakan sudah sampai kawasan air terjun tetapi tidak dapat meneruskan perjalanan disebabkan keadaan air sungai yang besar dan tidak ada laluan untuk mereka sampai ke kawasan pejabat.

“Jadi, kami mencari alternatif lain untuk membuka satu jalan baharu di sebelah bukit dan kami membawa pemandu arah serta para pendaki untuk mengikuti jalan itu.

“Untuk sampai ke kawasan yang selamat memang sangat mencabar kerana ada beberapa kawasan laluan keluar dari stesen air terjun Mahua telah runtuh ditutupi batuan besar hingga kereta menghadapi kesukaran untuk melaluinya,” katanya.

TAMBAHNYA, lebih kurang lima jam tempoh yang diambil untuk menyelesai­kan masalah itu bermula jam 4.30 petang ketika air banjir mulai naik sehingga 8 malam selepas semua pendaki dan pengunjung selamat.

Selain itu, rutin seharian Arthur juga ialah menjaga kebersihan kawasan air terjun, yang sudah menjadi salah satu tugasan utamanya demi keselesaan pelawat yang datang setiap hari.

“Harapan saya agar tempat ini menjadi terkenal pada masa akan datang dan kami harap akan ada aktiviti baharu yang boleh dibuat di kawasan air terjun selain mandi manda.

“Saya akan cuba bincangkan dalam mesyuarat agar dapat ditambah aktiviti ‘rock climbing’ kerana ada pakar-pakar yang beri cadangan bahawa jika aktiviti itu dibuat, tahap kesukaran untuk selesaikan­nya dilabelkan sebagai gred A, iaitu cukup mencabar.

“Saya juga berharap agar capaian internet akan lebih baik berbanding sekarang kerana hanya ada satu talian telco sahaja berfungsi dan semoga telco lain juga dapat memberi perkhidmat­an mereka supaya semua pengguna data dapat menikmatin­ya,” akhiri Arthur.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Mahua Homestay Dr Juanis Yajuni dan timbalanny­a Sulaiman Yuliti mengakui persekitar­an di Mahua sangat tenteram serta fasiliti yang semakin bertambah sesuai untuk menjalanka­n apa juga aktiviti.

Mereka yang merupakan rakan akrab sejak zaman persekolah­an gembira kerana ramai mahasiswa yang datang ke Mahua seperti dari Denmark dan negara Eropah lainnya untuk membuat tesis serta kajian serta ada juga membuat kolaborasi dengan institut pengajian tempatan seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mereka baru sahaja mendapat penyerahan kawasan daripada Majlis Daerah Tambunan, dan dalam masa terdekat, mereka bercadang untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas pegawai daerah dan orang-orang tertentu untuk mendapatka­n khidmat nasihat mengenai penambahba­ikan yang perlu di situ.

“Sebelum ini, kami hanya mendapat kebenaran untuk beroperasi sahaja, tetapi untuk memulakan sesuatu perkhidmat­an yang baharu pula kami belum pasti sama ada mereka akan memberikan persetujua­n.

“Sehingga hari ini, kami belum sempat membuat kunjungan hormat di pengurusan pentadbira­n di peringkat daerah yang kita maklum sehingga kini belum lagi begitu teratur, dan itu yang menyekat kami.

“Saya harap pada masa hadapan, sesiapa sahaja di tampuk pemerintah­an dapat melihat bahawa pelanconga­n ini sebagai satu industri yang penting kepada bumiputera dan kita perlukan respons positif mengenai hal ini daripada mana-mana pihak,” ujar mereka.

Mereka turut menyatakan hasrat untuk bekerjasam­a dengan pihak sekolah antaranya dari segi mempromosi­kan kebudayaan kerana kebanyakan pelancong lebih tertarik melihat persembaha­n kanak-kanak kecil dan jika sudah ada kata putus, ia akan diselitkan sebagai salah satu aktiviti di kawasan itu.

Di samping itu, mereka juga bercadang untuk mengadakan persembaha­n

RUTIN harian Arthur memastikan kawasan laluan ke air terjun sentiasa bersih.

muzik seperti gong dan tagunggak yang dimainkan oleh murid sekolah supaya pihak sekolah juga dapat memainkan peranan dalam mempromosi.

“Pengurusan unit Borneo Resort di Sinurambi pernah mencadangk­an agar mereka dapat membantu pengurusan di Mahua, dan kami telah beberapa kali berbincang mengenai hal itu, namun kami tidak memahami apa pula peranan koperasi jika mereka mengambil alih peranan pengurusan.

“Namun, mereka juga memberi jaminan untuk kekalkan komuniti sebagai jawatankua­sa pelaksana kerana mereka hanya ingin mengadakan usaha sama.

“Apa yang pasti, mereka turut mengesyork­an agar kami menyediaka­n makanan tradisiona­l seperti salad mahua di mana tumbuhan itu hanya dapat diperoleh di sekitar lokasi ini beserta menu teppu yang diperah dengan limau yang amat digemari oleh pelancong asing,” kongsi mereka.

Mereka juga berharap hasil kunjungan daripada pelancong mampu memberi impak besar terutama sekali peningkata­n terhadap ekonomi masyarakat setempat, kerana apabila ekonomi meningkat, secara tidak langsung taraf hidup juga meningkat.

“Kami mengharapk­an supaya agensi yang berkenaan dapat membantu meningkatk­an kemudahan yang ada di sini supaya dapat memberi keselesaan kepada pengunjung apabila mengunjung­i Mahua.

“Sebenarnya, sejak dari awal, kami telah menulis surat kepada syarikat-syarikat telco melalui pejabat daerah tetapi hingga kini belum ada maklum balas, mudah-mudahan dengan pemerintah­an baharu ini dapat membantu kita meningkatk­an kemudahan internet di sini serta diadakan pemantauan berkala,” kata mereka.

 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N terapi minda. pokok hutan yang indah sesuai untuk
PEMANDANGA­N terapi minda. pokok hutan yang indah sesuai untuk
 ??  ?? ARTHUR
ARTHUR
 ??  ?? JUANIS
JUANIS
 ??  ?? PAPAN tanda penunjuk arah yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.
PAPAN tanda penunjuk arah yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.
 ??  ?? TUMBUHAN unik yang di temui di kawasan air terjun seolah-olah daun sirih.
TUMBUHAN unik yang di temui di kawasan air terjun seolah-olah daun sirih.
 ??  ?? ADAM Shamil merakam gambar berlatarbe­lakang Air Terjun Mahua.
ADAM Shamil merakam gambar berlatarbe­lakang Air Terjun Mahua.
 ??  ?? KEINDAHAN batuan di tepi air terjun menaikkan seri pemandanga­n.
KEINDAHAN batuan di tepi air terjun menaikkan seri pemandanga­n.
 ??  ?? KEINDAHAN pemandanga­n sepanjang jalan menuju ke kawasan air terjun.
KEINDAHAN pemandanga­n sepanjang jalan menuju ke kawasan air terjun.
 ??  ?? SUASANA redup di kawasan air terjun mengikat hati pengunjung untuk kembali lagi.
SUASANA redup di kawasan air terjun mengikat hati pengunjung untuk kembali lagi.
 ??  ?? PELBAGAI info aktiviti boleh didapati berhampira­n pintu masuk Air Terjun Mahua.
PELBAGAI info aktiviti boleh didapati berhampira­n pintu masuk Air Terjun Mahua.
 ??  ?? ADAM bersama keluarga yang datang dari Semenanjun­g.
ADAM bersama keluarga yang datang dari Semenanjun­g.
 ??  ??
 ??  ?? ADAM bersama keluarga merakamkan kenangan di Air Terjun Mahua.
ADAM bersama keluarga merakamkan kenangan di Air Terjun Mahua.
 ??  ?? ANTARA pondok-pondok rehat yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.
ANTARA pondok-pondok rehat yang disediakan untuk kemudahan pengunjung.
 ??  ?? POKOK hutan yang menghiasi perjalanan sesejuk mata memandang.
POKOK hutan yang menghiasi perjalanan sesejuk mata memandang.
 ??  ?? SULAIMAN
SULAIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia