Utusan Borneo (Sabah)

PPM Tawau gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM64,200

PPM Tawau lakukan rampasan bernilai RM64,200

-

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok ke daerah ini dalam Ops Landai khas di kawasan pesisiran pantai Batu 6 Jalan Apas, di sini pada jam 11 malam Sabtu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata sepasukan pegawai dan anggota PPM Tawau semasa menjalanka­n tugas telah terserempa­k sekumpulan lelaki sedang memungah barangan kotak dan berbungkus plastik dari tebing pantai ke dalam sebuah van.

“Kesemua lelaki terbabit gagal dikesan selepas melarikan diri ke dalam semak bakau berhampira­n ketika cuba ditahan oleh anggota pasukan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata pemeriksaa­n lanjut telah menjumpai barangan berupa kotak dan bungkusan plastik berisi rokok pelbagai jenis berada di dalam van dan sebahagian lagi di atas tanah.

“Rokok-rokok yang dirampas ini disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran di Tawau,” katanya.

Pajeri berkata, nilai rampasan dianggarka­n berjumlah RM64,200 dan kesemua barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Katanya rampasan itu dijalankan mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967, yang mana hukuman denda tidak lebih 10 kali ganda amaun duti kastam.

Beliau juga meminta kerjasama masyarakat agar sentiasa menyalurka­n maklumat bagi membantu dalam pencegahan kemasukan barangan yang lari dari cukai ke Sabah.

 ??  ?? KESEMUA barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.
KESEMUA barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.
 ??  ?? ANGGOTA PPM memeriksa kotak berisi rokok di dalam sebuah van.
ANGGOTA PPM memeriksa kotak berisi rokok di dalam sebuah van.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia