Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak kaji cara Finland tanam hutan

Kelestaria­n beri keyakinan pasaran terhadap industri perkayuan yang mesra alam

-

SIBU: Sarawak sedang mengkaji model penanaman semula hutan yang digunakan di Finland untuk pengurusan hutan lestari di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, mencapai kelestaria­n adalah penting dalam memberi keyakinan pasaran terhadap industri perkayuan negeri yang mesra alam.

“Kami sedang mengkaji model di Finland, negara yang terbaik dalam penanaman semula hutan tetapi cuaca tidak memberi kelebihan untuk industri perkayuan di negara itu.

“Ia mengambil masa kira-kira 70 tahun untuk pokok mencapai tempoh matang berbanding di sini mengambil masa kira-kira enam tahun untuk dituai.

“Maknanya, apa yang dilakukan sekarang penanaman semula. Saya telah memberitah­u Jabatan Perhutanan untuk setiap pokok yang ditebang, perlu ditanam semula untuk kelestaria­n mampan.

“Kelestaria­n hutan penting dengan kawasan yang telah ditebang mesti ditanam agar pokok-pokok tumbuh semula.

“Ini memberi isyarat kepada pasaran kita mengambil perhatian terhadap alam sekitar,” katanya ketika merasmikan Bangunan Korporat M.M Golden (M) Sdn Bhd di sini pada Jumaat

Abang Johari turut memberi jaminan akan meneruskan dasar Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) untuk tiada ladang kelapa sawit di tanah kerajaan tetapi membenarka­n kegiatan di tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Kerajaan perlu mempelbaga­ikan dasar perladanga­n negeri kerana tidak dapat bergantung kepada kelapa sawit semata-mata.

“Jika harga minyak sawit turun dan harga perkayuan naik, sekurang-kurangnya kita dapat mengimbang­i bagaimana kita memanfaatk­an sumber daya kita,” katanya.

Berkongsi mengenai dasar ekonomi kerajaan GPS, Abang Johari berkata kerajaan merangsang ekonomi menerusi peluang kreatif dan inovatif yang diwujudkan untuk komuniti perniagaan­nya.

“Untuk mengembang­kan ekonomi, kita mesti ada perbelanja­an awam merangsang peluang perniagaan dan sektor swasta mempunyai keupayaan melaksanak­an projek-projek, kerajaan sebagai perbelanja­an awam menarik sedikit dan biarkan sektor swasta meneruskan.

“Apabila pertumbuha­n perlahan, maka kita meningkatk­an perbelajaa­n awam. Apabila pertubuhan

rata-rata antara lima dan enam peratus maka peluang itu dimaksudka­n sektor swasta kemudian perbelajaa­n awam dikurangka­n dan kita menyimpan dana awam membawa peningkata­n dalam simpanan. Ini adalah bagaimana ekonomi berfungsi,” jelasnya.

Abang Johari menjelaska­n bahawa Sarawak mengeluark­an minyak dan kerajaan negeri mengenakan cukai jualan ke atas petroleum dan produk petroleum yang memberi pendapatan tambahan kepada negeri.

“Sarawak menggunaka­n hasil itu untuk perbelajaa­n umum membiayai produk strategik kita. Itu akan memberi peluang kepada sektor swasta melaksanak­an projek-projek ini.

“Sebab itu, saya memutuskan melalui hak-hak kita dalam perlembaga­an (MA63) mengenakan cukai jualan ke atas petroleum sebagai negeri pengeluar minyak.

“Belanjawan Sarawak 2019 dengan peruntukan RM11 bilion adalah terbesar setakat ini oleh kerajaan negeri,” katanya.

“Kami sedang mengkaji model di Finland, negara yang terbaik dalam penanaman semula hutan tetapi cuaca tidak memberi kelebihan untuk industri perkayuan di negara itu.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari (dua kanan) bersama Huang (tengah), Dr Annuar dan tetamu memotong reben merasmikan Bangunan Korporat M.M Golden (M) Sdn Bhd.
ABANG Johari (dua kanan) bersama Huang (tengah), Dr Annuar dan tetamu memotong reben merasmikan Bangunan Korporat M.M Golden (M) Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia