Utusan Borneo (Sabah)

PJJ UPM lebih fleksibel, relevan untuk golongan bekerjaya

-

UNIVERSITI Putra Malaysia merupakan sebuah universiti yang sudah tidak asing lagi padar pengetahua­n umum baik di Malaysia mahupun luar negara.

Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh UPM sejak penubuhann­ya hingga kini. UPM yang sebelum ini menghuni tangga ke 229 universiti terbaik dunia pada tahun 2017 juga telah berjaya menaiki 27 anak tangga untuk menduduki tangga ke-202 universiti terbaik di dunia pada tahun 2018 berdasarka­n ‘QS World University Ranking’.

Dalam membentuk modal insan yang berpengeta­huan tinggi dan berkualiti, pengambila­n pelajar di UPM tidak terhad kepada pembelajar­an sepenuh masa sahaja, malah ia turut menawarkan program untuk mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) untuk memberi peluang kepada golongan bekerja tidak kira peringkat umur yang berhasrat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

PJJ yang dikendalik­an oleh UPM Education & Training dahulunya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Luar sememangny­a bergerak sejajar dengan dasar kerajaan yang diaspirasi­kan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam konteks pembelajar­an sepanjang hayat.

Kerelevana­n program PJJ UPM terbukti dengan ramai golongan bekerjaya daripada pelbagai profesion memilih program ini untuk menambah nilai kualiti, pengetahua­n dalam diri mereka. Selain itu, fleksibili­ti program PJJ UPM adalah tinggi kerana perjumpaan bersemuka dengan pensyarah hanya dua (2) hingga tiga (3) kali sahaja dalam satu semester dan lain-lainnya disokong dengan kelas tutorial, modul, pembelajar­an kendiri pelajar dengan tugasan lainlain yang berkaitan. Perkara ini juga dapat memudahkan bebanan mereka untuk memberi fokus terhadap karier sambil belajar.

Terdapat 16 pusat pembelajar­an bagi program PJJ UPM merangkumi seluruh Semenanjun­g Malaysia serta Sabah & Sarawak. Bantuan kelengkapa­n pembelajar­an juga lengkap tersedia semasa sesi perjumpaan bersemuka dilakukan. Pusat-pusat pembelajar­an tersebut adalah di Kedah (Alor Setar), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Seremban), Melaka (Ayer Keroh), Johor (Johor Bahru), Pahang (Kuantan), Kelantan (Kota Bharu), Sabah (Kota Kinabalu & Tawau), Sarawak (Sibu, Kuching, iintulu & Miri) dan kampus UPM Serdang. Oleh itu, pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti sesi pembelajar­an di lokasi yang terdekat tanpa memikirkan tentang kesulitan menghadiri kelas.

UPM Education & Training yang mementingk­an pengetahua­n teknologi intelektua­l juga turut menggunaka­n persidanga­n video yang dikenali sebagai LIP.

Kombinasi antara Internet dan video ini membolehka­n pelajar di pusat-pusat pembelajar­an melalui rakaman pembelajar­an secara langsung. Sesi kuliah yang dirakam juga akan dimuat naik pada portal VOD (Video On Demand) pelajar yang berdaftar bertujuan untuk rujukan pelajar pada bila-bila masa.

Selain itu, UPM juga ada menawarkan program sepenuh masa tanpa melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di Kementeria­n Pendidikan Malaysia (laluan perdana) melalui Saluran T20. Permohonan bagi Saluran T20 dikendalik­an oleh UPM Education & Training. Saluran ini memberi peluang kepada calon yang tidak mendapat tempat kemasukan ke UPM melalui saluran perdana walaupun memenuhi syarat minimum program UPM.

Akhir kata, selain berpeluang meningkatk­an diri dalam bidang kerjaya, program PJJ UPM ini juga berada dalam permintaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan. Bagi kemasukan pada sesi Semester Kedua 2018/2019, tarikh tutup permohonan Diploma, Bacelor & Master adalah pada 7 Januari 2019.

Oleh itu, Individu yang berminat menyambung pengajian untuk mod Pendidikan Jarak Jauh di UPM atau program melalui Saluran T20, boleh memuat turun borang permohonan kemasukan di laman sesawang UPM Education & Training.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia