Utusan Borneo (Sabah)

SJK Sungai Jaong jayakan Karnival HIP

- Oleh W. Bolly Ongie

SEKOLAH Jenis Kebangsaan (SJK) Sungai Jaong di Marudi telah menganjurk­an Karnival HIP (Highly Immersive Programme) 2018 yang melibatkan pertanding­an nyanyian dan ‘station games’.

Karnival tersebut yang bertujuan untuk memajukan prestasi para pelajar melalui peningkata­n bahasa Inggeris mereka.

Menerusi program itu juga pelajar akan belajar bagaimana cara bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik apabila berpeluang berbuat demikian dalam kehidupan harian mereka.

Sehubungan itu, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berharap karnival seumpama itu akan menerapkan nilai-nilai moral seperti kelakuan positif dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Penguang berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai selaku wakilnya ketika menyempurn­akan perasmian Karnival HIP itu di SJK Sungai Jaong bulan lepas.

Antara sekolah yang menyertai karnival tersebut ialah SJK Sungai Jaong, SK Lubok Nibong, SK Dato Sharif Hamid, SK Poyut, SK Good Shepherd , SJK C Hua Nam dan SJK C Chung Hua.

Penguang berkata, rangsangan kepada pelajar untuk berfikir secara kritikal adalah salah satu aspek penting dalam kelas pada hari ini.

Justeru, dalam pada itu pelajar boleh menjadi penceramah atau fasilitato­r dan boleh juga menjadi juruhebah, di samping menjadikan mereka lebih tahan lasak.

“Kita boleh memberangs­ang para untuk menggunaka­n ‘Higher Order Thinking Skils’ (HOTS) khususnya ketika menempuh halangan dalam proses pembelajar­an dan pembesaran,” tambahnya lanjut.

Selain itu, Karnival HIP juga bertujuan menguatkan hubungan antara peserta yang datang dari sekolah lain.

Sebanyak 10 sekolah telah dijemput menyertai karnival tersebut di mana para guru dan murid akan mempunyai peluang untuk berkongsi pengalaman dalam pengajaran dan pembelajar­an Bahasa Inggeris.

SJK Sungai Jaong juga terlibat dalam Program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25), menerusi pembelajar­an visi alam sekitar, kepimpinan dan komitmen masyarakat.

Untuk mendedahka­n para guru dan pelajar kepada penggunaan bahasa Inggeris, kerjasama kakitangan, ibu bapa dan komuniti lain amat perlu dalam konteks tersebut.

Untuk menyokong dan merangsang aktiviti seperti itu, Penguang meluluskan geran RM10,000 untuk SJK Sungai Jaong sebagai tanda penghargaa­n beliau terhadap usaha pihak sekolah.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Marudi Siti Mariam Mahdar, wakil Jabatan Pendidikan James Valley Harry serta guru-guru besar sekolah jemputan.

Sementara dalam pertanding­an nyanyian kategori lelaki, johan dimenangi Cliffsonle­y Charles dari SJK Sungai Jaong, tempat kedua Felix Chong dari SK Lubok Nibong dan tempat ketiga Olsen Chua Yu Je dari SJKC Chung Hua.

Bagi kategori perempuan pula, johan milik Patricia Lalang Juman dari SJK Sungai Jaong, tempat kedua Chelsandra Renya Paul Reding dari SJKC Hua Nam dan ketiga Elleora Paris dari SK Lubok Nibong.

 ??  ?? TAHNIAH: Edward (tiga kiri) bersama para pemenang pertanding­an nyanyian kategori perempuan dan guru besar SJK Sungai Jaong Teng Seek Haw.
TAHNIAH: Edward (tiga kiri) bersama para pemenang pertanding­an nyanyian kategori perempuan dan guru besar SJK Sungai Jaong Teng Seek Haw.
 ??  ?? TERBAIK: James Valley (tengah) dan Guru Besar SJK Sungai Jaong Teng Seek Haw (empat kanan) bersama pemenang nyanyian kategori lelaki.
TERBAIK: James Valley (tengah) dan Guru Besar SJK Sungai Jaong Teng Seek Haw (empat kanan) bersama pemenang nyanyian kategori lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia