Utusan Borneo (Sabah)

Biopik Cheney ‘Vice’ dahului senarai pencalonan Golden Globe

-

FILEM biopik mengenai Dick Cheney, ‘Vice’ yang dibintangi Christian Bale sebagai bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) itu, baru-baru ini menerima pencalonan Golden Globe paling banyak dengan enam termasuk filem komedi terbaik, sementara pertanding­an untuk memenangi anugerah Oscar bertambah rancak.

Pencalonan itu, yang diumumkan pada waktu subuh di California, merupakan penggerak momentum penting yang pertama menjelang Anugerah Akademi, yang berlangsun­g pada Februari.

‘Vice’ – yang hanya dibuka di pawagam AS pada Hari Natal – tidak menepati beberapa ramalan, dan memperoleh­i lebih satu pencalonan berbanding filem cinta muzik popular yang dibikin semula ‘A Star Is Born’, tetapi kedua-duanya kini berada pada kedudukan yang baik untuk memenangi anugerah Tinseltown.

“Saya tidak tahu di mana ‘Vice’ akan mendarat. Tetapi saya rasa ia baharu mendapat dorongan yang kuat bagi pertanding­an Oscar,” tulis Sasha Stone, pengasas laman sesawang industri khusus Awards Daily.

Terikat dengan ‘Star’ – popular di kalangan pengkritik dan di ‘box office’, lakonan Lady Gaga dan Bradley Cooper – dengan lima pencalonan adalah kisah diraja yang lucah dan lucu ‘The Favourite’ dan dramedi hak sivil yang ceria ‘Green Book’.

Betul-betul di belakang mereka adalah filem Spike Lee ‘BlacKkKlan­sman’, kisah benar tentang seorang anggota polis kulit hitam yang menyelinap ke dalam kumpulan Ku Klux Klan dengan bantuan seorang rakan kulit putih, dan filem sekuel terbitan Disney yang begitu dinanti-nantikan ‘Mary Poppins Returns’.

Selain pencalonan bagi filem komedi terbaik, ‘Vice’ – yang meninjau naib presiden George W. Bush yang berpengaru­h – menerima tiga pencalonan untuk lakonan bagi Bale yang hampir tidak dikenali, Amy Adams sebagai isteri Cheney, Lynne, dan Sam Rockwell sebagai Bush.

Pembuat filem Adam McKay menerima dua pencalonan bagi lakon layar dan pengarah terbaik.

Turut memenangi dua pencalonan adalah Cooper – kerana berlakon dan mengarah ‘Star’ – dan Lady Gaga, bagi lakonan dan lagu asal terbaik (‘Shallow’).

Namun rakan bintang Sam Elliott, yang membawa watak adik kepada watak Cooper sebagai seorang penyanyi rock yang sedang menua, tidak dicalonkan.

Bertanding dengan ‘Star’ untuk filem drama terbaik adalah ‘BlacKkKlan­sman’, filem blockbuste­r Marvel ‘Black Panther’, ‘Bohemian Rhapsody’ tentang penyanyi utama kumpulan Queen, Freddie Mercury, dan kisah cinta hitam ‘If Beale Street Could Talk’.

Pencalonan ‘Black Panther’ menandakan pencalonan pertama bagi filem terbaik untuk Marvel, dan yang pertama dalam sejarah dalam kategori drama bagi sebuah filem adiwira.

“Saya amat menyukai filem buku komik – dari dahulu lagi, saya seorang peminat tegar. Jadi saya teruja bahawa ia berjaya dicalonkan dan saya harap lebih banyak lagi akan datang,” kata Meher Tatna, presiden Hollywood Foreign Press Associatio­n, yang memilih pemenang.

Bertanding dalam muzikal/ filem komedi terbaik adalah ‘Vice’, ‘The Favourite’, ‘Mary Poppins Returns’, ‘Green Book’ dan filem komedi romantik musim panas yang berjaya ‘Crazy Rich Asians’.

- Pilihan yang amat banyak

Golden Globes memaparkan anugerah yang berasingan untuk drama dan muzikal/komedi – yang bermakna lebih banyak pencalonan, dan peluang bagi pengundi Oscar untuk menimbang lakonan yang lebih pelbagai dan meluas sebelum mereka menerima undi mereka.

‘A Star Is Born’ bertanding dalam kategori drama manakala ‘Vice’ – anehnya – bertanding dalam kategori komedi.

“Melihat kepada Anugerah Golden Globes untuk membimbing kita ke arah Filem Terbaik Oscar, diikuti Pengarah Terbaik. Itu adalah kategori terbaik untuk meramal arah mana ia akan pergi,” tulis Stone, yang khususnya meraikan pencalonan Lee.

Menurut perkiraan itu, ‘Vice’, ‘A Star Is Born’, ‘Green Book’, ‘BlacKkKlan­sman’ dan surat cinta Alfonso Cuaron kepada zaman kanak-kanaknya ‘Roma’ menduduki tempat teratas bagi anugerah Oscar.

‘Roma’ memperoleh­i tiga pencalonan – filem asing terbaik, pengarah terbaik dan lakon layar terbaik.

Tiga bintang ‘The Favourite’ masing-masing memperoleh­i pencalonan: Olivia Colman sebagai Ratu Anne, dan Rachel Weisz serta Emma Stone sebagai wanita-wanita yang berebut untuk menarik perhatian baginda.

‘Green Book’, cerita mengenai seorang pemain piano klasikal kulit hitam di Amerika pada zaman 1960an yang mengambil seorang pengawal keselamata­n berbangsa Itali-Amerika sebagai pemandunya untuk jelajah di selatan negara yang rasis, menerima pencalonan untuk dua bintangnya Mahershala Ali dan Viggo Mortensen.

- Muka baharu dalam pertanding­an TV Anugerah Globes turut memberi penghormat­an kepada perkara terbaik dalam televisyen – ia mungkin rasa sedikit berlebihan selepas Anugerah Emmy pada September lalu, dengan kebanyakan calon yang meniru calon-calon Akademi Televisyen.

Pemenang Emmy ‘The Assassinat­ion of Gianni Versace: American Crime Story’ memperoleh­i paling banyak pencalonan iaitu empat.

Namun Anugerah Globes juga melihat program di hadapan yang disiarkan terlalu lewat untuk pencalonan anugerah Emmy.

Siri mini HBO yang gelap ‘Sharp Objects’, drama Amazon ‘Homecoming’ yang dibintangi Julia Roberts, dan komedi Netflix ‘The Kominsky Method’ semua memperoleh­i pencalonan.

Anugerah Golden Globes Ke-76 berlangsun­g pada 6 Januari di Beverly Hills. Pencalonan Oscar dimaklumka­n selepas anugerah Globes pada tahun ini, iaitu 22 Januari.

Menjadi hos bagi gala anugerah Globes adalah aktres Sandra Oh, yang turut menerima pencalonan bagi drama TV yang menerima pujian ‘Killing Eve’, dan pelawak Andy Samberg. —

 ?? — Gambar Reuters ?? PELAKON ‘Vice’ iaitu (dari kiri) Sam Rockwell, Steve Carell dan Christian Bale semasa tayangan perdana filem itu di Beverly Hills baru-baru ini.
— Gambar Reuters PELAKON ‘Vice’ iaitu (dari kiri) Sam Rockwell, Steve Carell dan Christian Bale semasa tayangan perdana filem itu di Beverly Hills baru-baru ini.
 ??  ?? DUTA Golden Globe Isan Elba (kiri) bersama pelakon-pelakon (dari dua kiri) Leslie Mann, Danai Gurira, Christian Slater dan Terry Crews semasa pengumuman calon-calon Anugerah Golden Globe ke-76 di Beverly Hills, California, pada 6 Disember 2018 lepas. — Gambar AFP
DUTA Golden Globe Isan Elba (kiri) bersama pelakon-pelakon (dari dua kiri) Leslie Mann, Danai Gurira, Christian Slater dan Terry Crews semasa pengumuman calon-calon Anugerah Golden Globe ke-76 di Beverly Hills, California, pada 6 Disember 2018 lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia