Utusan Borneo (Sabah)

Akademi Binaan Malaysia lahir tenaga mahir berkualiti berpendapa­tan tinggi

BANGGA: (Dari kiri) Muhammad Al Amin, Muhammad Kushairee dan Mohd Yuhyi Faiz bangga menjadi pelatih ABM.

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah pusat latihan di bawah kendalian Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), Akademi Binaan Malaysia (ABM)) menjadi tumpuan golongan belia mendalami latihan tenaga kerja mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan pasaran industri pembinaan negara.

Bagi ABM Wilayah Tengah, sejak ditubuhkan pada 1997, pusat latihan ini telah berjaya melahirkan seramai 37,402 pelatih latihan kemahiran berkaitan industri pembinaan dalam pelbagai bidang.

Majlis graduasi ABM Wilayah Tengah yang berlangsun­g pada 17 Disember lalu turut meraikan 210 pelatih meliputi 13 kursus yang ditawarkan ABM.

Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Tengah Dolkipli Saian berkata, ABM Wilayah Tengah merupakan salah satu daripada enam pusat penilaian dan latihan kemahiran berkaitan industri pembinaan yang terletak di seluruh negara.

“Objektif utama ABM ialah untuk melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir supaya dapat mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada tenaga kerja asing.

“Selain itu, ABM turut menyediaka­n kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf dan pada masa sama menyediaka­n peluang kepada pekerja binaan untuk memperting­katkan tahap kemahiran mereka.

“Program yang ditawarkan merangkumi Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan (program belia dan personel), Penilaian Kompetensi Kemahiran Pembinaan, Program Customised, Induksi Keselamata­n Pekerja Tapak Binaan, Perantisan dan Informasi Permodelan Bangunan,” katanya pada sidang media di ABM Wilayah Tengah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Dolkipli, terdapat 58 kursus ditawarkan di semua ABM dan daripada jumlah itu, terdapat sembilan kursus berimpak tinggi antaranya Pemasangan Perancah, Operasi Kren, Pemasangan Paip Gas serta Penyaman Udara dan Pengudaraa­n Mekanikal.

“Konsep latihan kemahiran di ABM merangkumi 30 peratus dari segi teori, manakala 70 peratus lagi fokus kepada latihan praktikal mengikut kursus yang diikuti pelatih.

“Kesemua pelatih yang mengikuti latihan kemahiran di ABM menerima sijil yang dikeluarka­n oleh badan pensijilan nasional dan antarabang­sa seperti Sijil Kecekapan Kemahiran oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) dan Sijil Suruhanjay­a Tenaga,” katanya.

Menurut Dolkipli lagi, kesemua pelatih di sini perlulah mengikuti latihan kemahiran dalam tempoh antara dua hingga 24 bulan bergantung pada kursus yang diambil dengan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan menerusi CIDB.

“Sepanjang mengikuti latihan kemahiran ini, pelatih juga akan diberikan kemudahan penginapan dengan elaun makanan harian dan pembelajar­an termasuk peralatan dan keperluan latihan,” katanya.

Seorang bekas pelatih, Mohd Yuhyi Faiz Mohd Shariff,

26, yang mengikuti Kursus Pemasangan Perancah di ABM Wilayah Tengah pada 2013, kini bekerja sebagai pemeriksa perancah di Samsung Malaysia dengan pendapatan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan.

“Latihan yang saya peroleh sepanjang di ABM dahulu telah banyak membantu dalam kerjaya saya sekarang dan modul latihan di ABM lebih berkonsepk­an latihan praktikal berbanding teori dan menjadikan saya lebih berkemahir­an dan memahami kehendak dalam bidang pekerjaan.

“Selain itu, tenaga pengajarny­a juga sangat membantu kerana walaupun saya telah bekerja mereka tetap berkongsi ilmu dan kadang-kadang membantu menyelesai­kan masalah yang saya hadapi ketika di tempat kerja dengan bertukar pendapat dan idea,” katanya.

Bagi Muhammad Kushairee Ahmad, 27, yang merupakan bekas pelatih Kursus Penyaman Udara dan Pemasangan Mekanikal, beliau menyertai ABM kerana melihat peluang pekerjaan dalam industri penyaman udara semakin meningkat.

“Saya dapat maklumat mengenai ABM melalui kawankawan dan memilih ABM untuk menambahka­n kemahiran diri terutamany­a dalam bidang penyaman udara.

“Mengikuti kursus di ABM merupakan satu keputusan tepat kerana banyak modul latihan di ABM lebih berkonsepk­an latihan praktikal berbanding teori dan menjadikan lulusannya lebih berkemahir­an.

“Berbekalka­n ilmu yang saya pelajari, saya dapat membuka syarikat sendiri iaitu HS SKY Enterprise yang menawarkan servis berkaitan penyaman udara dan memperoleh pendapatan kasar lebih RM12,000 sebulan,” katanya.

Bagi pelajar Kursus Pemasangan Paip Gas ABM Wilayah Tengah, Muhammad Al Amin Abdullah, 20, berkata dia memilih untuk melanjutka­n pelajaran di ABM setelah diperkenal­kan oleh gurunya.

“Modul latihan di ABM lebih berkonsepk­an latihan praktikal berbanding teori. Selain itu, saya juga tidak perlu risau dengan masalah kewangan kerana ABM menyediaka­n elaun sebanyak RM500 sebulan sepanjang saya menerima latihan di sini,” katanya.

Muhammad Al Amin, yang berasal dari Kelantan juga pernah mewakili ABM dalam Pertanding­an World Skill Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2017 (Perak) dan Tahun 2018

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia