Utusan Borneo (Sabah)

Sabah sasar kekal juara sukan MSKPPM

Temasya sukan dan kebudayaan MSKPPM 2018 peringkat kebangsaan

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Kontinjen Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) berazam mempertaha­nkan kejuaraan pada temasya sukan dan kebudayaan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Ke-46, 2018 peringkat kebangsaan yang berlangsun­g di Kuching Sarawak pada 15-21 Disember ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang baharu Mistirine Radin berkata para peserta yang mewakili Sabah perlu bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan sentiasa mengutamak­an disiplin yang terbaik demi merealisas­ikan matlamat muncul juara keseluruha­n, sekali gus mengekalka­n kejuaraan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada kontinjen PSKPPS di Wisma Pendidikan JPNS di Likas, pada Jumaat.

Katanya, misi mempertaha­nkan kejuaraan MSKPPM yang dimenangi tahun lalu di Seremban Negeri Sembilan boleh dicapai dengan adanya semangat juang yang kental, kesungguha­n dan kesepaduan usaha serta komitmen yang tinggi dalam kalangan semua pemain (peserta) dan juga para pegawai kontinjen.

Sambil menghargai dan memuji kejayaan kontinjen PSKPP Sabah muncul juara keseluruha­n MSKPPM tahun lalu, beliau yang baru memulakan tugas sebagai pengarah JPNS yang baharu berharap semua peserta yang terlibat sentiasa berusaha mempamerka­n semangat sepasukan dan disiplin yang terbaik demi menjaga nama baik kontinjen dan imej JPNS keseluruha­nnya.

Pada majlis itu, Mistirine yang berasal dari Ranau dan merupakan Timbalan Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB) Kuala Lumpur sebelum dilantik sebagai pengarah JPNS awal Disember lalu menyerahka­n bendera Sabah kepada Ketua Penyelaras Kontinjen PSKPP Sabah Datu Roslin Datu Siabok yang juga Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPNS.

Mistirine menggantik­an Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul yang menjadi pengarah JPNS sejak 2016, yang kini dilantik sebagai pengarah Bahagian Pembanguna­n Profesiona­lisme (BPP) di Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Putrajaya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JPNS Datuk Dr Mohd Kassim Haji Ibrahim, Ketua Sektor SPK JPNS Ir Datu Jamigul Haji Datu Salin.

Penolong Penyelaras Kontinjen PSKPP Sabah Abd Hakim Awang Ali berkata seramai 196 peserta dan pegawai kontinjen terlibat mewakili Sabah ke temasya itu untuk mengambil bahagian dalam kesemua 10 acara yang dipertandi­ngkan.

Katanya, 10 acara itu ialah bola sepak (senior dan veteran), bola tampar (lelaki dan perempuan), sepak takraw, bola jaring, boling tenpin, golf dan catur, manakala acara kebudayaan ialah pertanding­an kugiran dan nyanyian.

Menurutnya, Sabah muncul juara kali ketiga dalam sejarah MSKPPM pada 2017, termasukla­h menjuarai MSKPPM Ke-37 pada 20–23 Disember 2009 ketika Sabah menjadi tuan rumah temasya itu di Kota Kinabalu.

Abd Hakim berkata, pada temasya MSKPPM edisi ke45 2017 di Negeri Sembilan, Sabah muncul johan bagi tiga acara iaitu ping pong, golf dan kebudayaan.

Pasukan bola sepak senior meraih naib johan selepas tewas tipis 1-2 kepada pasukan Kelantan pada saingan final bagi merebut ‘ibu segala pingat’.

Sementara itu, pasukan bola jaring wanita turut menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan PSKPP Kuala Lumpur pada penentuan tempat ketiga.

Dalam pada itu, Sabah dan Kelantan berkongsi tempat ke-4 bagi acara petanque, manakala pasukan boling PSKPP Sabah turut meraih tiga pingat perak, dua gangsa dan tiga tempat ke-4.

Pingat perak dari sukan boling diperolehi melalui trio wanita, berpasukan lelaki dan All Events lelaki, manakala gangsa dimenangi melalui trio campuran VIP dan juga VIP Berpasukan.

Kontinjen PSKPP Sabah 2017 mencipta sejarah menggunggu­li temasya atau kejohanan itu dengan mengumpul 21 mata, naib johan Selangor (19 mata), ketiga Johor (12 mata) dan keempat Kelantan (11 mata).

Ia diikuti PSKPP Perak (10), Kedah (8), Melaka, Pahang dan Terengganu (masing-masing 6 mata), Negeri Sembilan (5), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan PSKPP Kementeria­n Pendidikan Malaysia (MESCA) (3) dan Pulau Pinang (2).

Empat daripada 17 kontinjen peserta MSKPPM 2017 yang gagal meraih sebarang mata ialah PSKPP Sarawak, Perlis, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Penganjura­n temasya sukan dan kebudayaan MSKPPM bermatlama­t untuk memupuk kesedaran kepada seluruh warga pendidikan betapa pentingnya semangat kekitaan, berdaya saing dan kemantapan aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam kehidupan seharian, di samping mencungkil dan mengetenga­hkan bakat yang ada dalam kalangan warga pendidikan dalam bidang sukan dan kebudayaan bagi mewujudkan warga pendidikan yang sihat, cergas dan produktif.

Selain itu, ia juga merupakan perhimpuna­n warga PSKPP dan Jabatan Pendidikan bagi mengeratka­n lagi hubungan kerjasama dan perpaduan warga pendidikan dari seluruh negara, termasukla­h KPM Putrajaya.

Dalam masa yang sama, penganjura­n kejohanan MSKPPM adalah selaras dengan dasar ‘Fit Malaysia’ dan ‘Sukan Untuk Semua’ dalam konteks menerapkan budaya bersukan, sesuai dengan peranan warga pendidik (guru-guru) sebagai penggerak utama dan pelaksana program pembanguna­n sukan dan kokurikulu­m termasukla­h dasar ‘1Murid 1Sukan’ di peringkat sekolah.

 ??  ?? MISTIRINE (tengah), Kassim, Jamigul dan para tetamu jemputan serta sebahagian pegawai kontinjen bersama pemain bola jaring PSKPP Sabah yang turut berazam meraih pingat emas pada temasya itu.
MISTIRINE (tengah), Kassim, Jamigul dan para tetamu jemputan serta sebahagian pegawai kontinjen bersama pemain bola jaring PSKPP Sabah yang turut berazam meraih pingat emas pada temasya itu.
 ??  ?? ROSLIN (kanan) mengibarka­n bendera Sabah selepas menerimany­a daripada Mistirine (tengah) sambil diperhatik­an Kassim (kiri) dan Jamigul.
ROSLIN (kanan) mengibarka­n bendera Sabah selepas menerimany­a daripada Mistirine (tengah) sambil diperhatik­an Kassim (kiri) dan Jamigul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia