Utusan Borneo (Sabah)

Karnival bola sepak JJFC lahir pemain berbakat

Karnival bola sepak JJFC lahir pemain berbakat, pupuk perpaduan masyarakat

- Oleh SALMAN ABADI

KELAB Bola Sepak Jamawi Jaafar (JJFC) di Tenom yang ditubuhkan pada Ogos 2017 merupakan antara kelab di kawasan pedalaman yang sentiasa aktif melaksanak­an pelbagai program atau aktiviti pembanguna­n sukan bola sepak.

Dipimpin dan diterajui Presidenny­a Jamawi Jaafar yang juga Adun Kemabong, JJFC kini berperanan penting sebagai nadi utama yang memacu pembanguna­n bola sepak, khasnya di daerah Tenom.

JJFC bukan sahaja berjaya meraih beberapa kejayaan, malah pelbagai program atau aktiviti yang dilaksanak­an ternyata memberi impak positif kepada konteks pembanguna­n sukan bola sepak dan juga perpaduan masyarakat setempat.

Salah satu pencapaian cemerlang JJFC ialah merangkul gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Allianz Cup ‘Junior Football Camp Malaysia League 2018’ Zon Sabah yang berlangsun­g di Kota Kinabalu pada Mei tahun ini.

Kejayaan itu bukan sahaja mencatat sejarah, malah menyemarak­kan semangat para belia remaja Tenom khasnya dalam arena sukan bola sepak.

Pada aksi final kejohanan itu yang berlangsun­g di Stadium Likas Kota Kinabalu, JJFC Tenom menumpaska­n pasukan Safa Kota Belud dengan kemenangan bergaya 3-0.

Dengan kemenangan itu, pasukan JJFC Tenom merangkul hadiah wang tunai RM3,500, medal dan juga piala iringan.

Dalam tujuh perlawanan di peringkat kumpulan, JJFC menang lima perlawanan, tewas sekali 0-1 kepada pasukan Karamunich Junior FC dan seri sekali 1-1 dengan pasukan Keningau FA.

Pada akhir persaingan kumpulan, JJFC Tenom berjaya mengunggul­i carta dengan menduduki tangga pertama Kumpulan B dengan mengumpul 16 mata, jaringan 15 gol dan hanya bolos 2 gol, diikuti tangga kedua Kumpulan B, Safa Kota Belud dengan mengumpul 15 mata, jaringan 12 gol dan bolos 4 gol.

Dalam perlawanan pusingan separuh akhir, JJFC Tenom selaku juara kumpulan B menewaskan naib juara kumpulan A iaitu pasukan Menggatal Town dengan kemenangan selesa 3-0.

Pada awal penubuhan kelab JJFC tahun lalu, Jamawi telah menjemput mantan jurulatih Sabah Justin Ganai dan lagenda pemain bola sepak Sabah seperti Matlan Marjan, Jelius Ating, Zainizam Marjan dan lain-lain bekas pemain Sabah untuk menjayakan Klinik Bola Sepak JJFC Tenom ‘Back to Basic’.

Klinik itu berjaya mengumpul belia remaja Tenom hampir 400 orang yang berusia 7 hingga 14 tahun.

Klinik Bola Sepak JJFC selepas itu telah diteruskan oleh jurulatih-jurulatih tempatan (Tenom) pada setiap hari Sabtu setiap minggu.

Dalam aspek kejurulati­han, JJFC turut berperanan membantu perkembang­an kejurulati­han bola sepak di daerah Tenom.

Ia kerana bidang kejurulati­han ke arah melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertauliah adalah amat penting dalam usaha membantu pembanguna­n bola sepak, khasnya di peringkat akar umbi.

Selain itu, JJFC turut melaksanak­an beberapa siri klinik dan bengkel latihan asas kemahiran bola sepak termasukla­h klinik yang berlangsun­g pada awal September 2018, sempena genap setahun penubuhan kelab itu.

Pelaksanaa­n klinik itu turut dihadiri dan dibimbing oleh Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan bawah 16 tahun (B16) dan bawah 19 tahun (B19), Justin Ganai dan juga jurulatih penjaga gol pasukan yang sama, Condrad Mojungkim.

Program itu bukan sahaja bermatlama­t membantu merancakka­n lagi pembanguna­n sukan bola sepak di daerah Tenom, tetapi ia turut dianjurkan sempena meraikan ulang tahun penubuhan JJFC, sekali gus menyemarak­kan suasana sambutan Hari Malaysia Ke61, 2018 di peringkat JJFC Tenom.

Semarak sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu bermatlmat untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan ahli JJFC khususnya dan juga dalam kalangan kanak-kanak, remaja, belia dan masyarakat di daerah Tenom.

Klinik bola sepak atau latihan permainan serta kemahiran asas bola sepak yang diberikan kepada anak-anak dalam JJFC adalah amat baik dan memberi manfaat kepada mereka dalam pengisian masa lapang pada hujung minggu secara berfaedah, selain dapat mencungkil dan mengetenga­hkan bakat atau potensi pemain yang ada di peringkat akar umbi.

Menutup tirai kalendar aktiviti 2018, JJFC telah mengadakan ‘Karnival Bola Sepak JJFC 2018’ yang berlangsun­g di padang Pekan Tenom baru-baru ini.

Program itu mendapat sambutan dan penyertaan yang amat membanggak­an.

Hampir 200 ahli dan juga para ibu bapa di bawah JJFC Tenom mengambil bahagian bagi menjayakan Karnival Bola Sepak Tertutup JJFC Tenom yang diadakan sebagai penutup aktiviti bola sepak JJFC bagi tahun ini, sebelum menyingkap tirai 2019 dengan pelbagai program yang telah dirancang untuk dilaksanak­an.

Program karnival itu yang turut menarik kehadiran ratusan penonton, dijalankan dalam bentuk pertanding­an bola sepak 7 sebelah yang ditaja sepenuhnya oleh presiden kelab mengikut empat kategori umur iaitu 7-8 tahun, 9-10 tahun, 11-12 tahun dan 13–14 tahun, selain kategori khas untuk ibu bapa.

Selain pertanding­an bola sepak untuk para ahli JJFC, aktiviti cabutan tiket bertuah juga diadakan mengikut kategori umur bagi memeriahka­n penganjura­n karnival itu.

Penyertaan dalam aktiviti pertanding­an bola sepak secara tertutup itu dikhaskan untuk ahli JJFC sahaja supaya semua ahli berpeluang bermain dan bertanding sesama sendiri yang mana semua pasukan dibahagika­n sama rata kekuatan pemain dalam setiap pasukan.

Ia bertujuan mewujudkan persaingan yang lebih menarik dan seimbang, selaras dengan matlamat karnival untuk memupuk dan mengeratka­n lagi perpaduan masyarakat melalui aktiviti sukan bola sepak, selain membangunk­an sukan bola sepak khasnya dalam kalangan para ahli JJFC.

Karnival bola sepak tertutup JJFC kali kedua 2018 itu dirasmikan sendiri oleh Jamawi.

Berucap merasmikan karnival itu, beliau berkata program itu bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kelab yang berbilang kaum dan agama di daerah Tenom.

Katanya, penglibata­n masyarakat dalam aktiviti sukan bola sepak bukan setakat mencungkil bakat, tetapi para peserta akan dapat meningkatk­an aspek kesihatan diri dan pemupukan nilai-nilai murni yang tersirat.

“Para peserta perlu mencontohi para pemain bola sepak profesiona­l untuk dijadikan sebagai idola, seperti Neymar (dari Brazil) yang mana masa kecilnya bermain bola dengan kekurangan alatan yang sempurna tetapi dengan kesungguha­n dan bakatnya, dia kini menjadi pemain ternama di dunia,” katanya.

Program karnival kali kedua selepas pertama kali diadakan pada Februari lalu, sekali lagi turut dihadiri oleh Justin.

Justin, bekas ketua jurulatih skuad Badak (Sabah) suatu ketika dulu yang turut berucap pada majlis itu, berkata ahli JJFC amat bertuah kerana mempunyai pemimpin yang prihatin terhadap perkembang­an bola sepak di peringkat akar umbi seperti Jamawi.

Beliau menyeru agar ahli JJFC mengambil peluang bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukka­n bakat masing-masing setelah berlatih bersama kelab itu sepanjang tahun ini.

Beliau berharap ahli JJFC akan meneruskan latihan walaupun aktiviti kelab tahun 2018 ini telah tamat selepas karnival itu berakhir.

Justin juga meminta para ibu bapa yang mempunyai anak perempuan yang berbakat supaya berkecimpu­ng dalam arena sukan bola sepak.

“Tenom merupakan daerah yang tidak pernah ketinggala­n dalam melahirkan pemain bola sepak wanita, apatah lagi dalam Kejohanan Sabah Games (SAGA), Pasukan Bola Sepak Wanita Daerah Tenom yang dibimbing oleh coach Martin Angguk dan Oktavianus Ansikit telah menjadi juara bola sepak wanita dua kali berturut (2015 dan 2017) dan dua kali naib juara berturut-turut (2011 dan 2013),” katanya sambil diberi tepukan gemuruh para hadirin.

Justin yang berpengala­man luas dalam bidang kejurulati­han bola sepak juga berpesan kepada para jurulatih tempatan supaya tidak mudah berputus asa dan terus gigih melatih para pemain di peringkat akar umbi agar bakat yang ada dalam kalangan kanakkanak akan terus digilap dan disuburkan.

Sempena karnival itu, JJFC menyediaka­n hadiah bagi setiap kategori berbentuk wang tunai, medal dan hamper.

Setiap pasukan yang menjadi juara telah menerima hadiah wang tunai RM150 dan medal, naib juara RM100 dan medal, tempat ketiga RM70 dan medal, manakala tempat keempat menerima medal.

Perlawanan dua pasukan wanita kategori ibu-ibu dan kategori bapa-bapa ahli menentang pasukan jurulatih daerah Tenom turut disediakan cenderamat­a dan hadiah berupa hamper.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Karnival Coach Matius

Piri yang juga pengurus JJFC memberitah­u peserta program karnival itu bukan semata-mata untuk memburu hadiah, tetapi yang paling penting ialah para ahli dapat merasai bagaimana bermain dalam suasana pertanding­an, walaupun hanya dalam kalangan mereka sendiri.

Beliau berpuas hati dengan penyertaan dan sambutan yang ditunjukka­n oleh para ibu bapa dan ahli kelab dalam karnival itu, sekali gus ia dapat mengeratka­n lagi perpaduan dalam kalangan ahli, ibu bapa dan para jurulatih serta masyarakat setempat.

Katanya, program latihan bola sepak JJFC akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, memandangk­an adanya sambutan yang amat baik dan positif dalam kalangan ahli, sama ada ahli baharu mahupun ahli lama.

Menurutnya, program pembanguna­n bola sepak di bawah JJFC itu merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai jalinan kerjasama erat dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom.

“JJFC berhasrat membantu daerah (PPD Tenom) dalam menyediaka­n para pemain bagi pasukan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tenom ke peringkat MSS Sabah pada tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Beliau menambah, pelaksanaa­n pelbagai program JJFC itu pastinya akan lebih berjalan lancar dan berimpak tinggi dengan adanya sokongan padu pihak PPD Tenom dan masyarakat sekitar, khasnya di daerah Tenom.

Dalam pada itu, Penyelaras Kejurulati­han Bola Sepak daerah Tenom Zainudin Jalani menaruh harapan dan keyakinan bahawa dengan adanya usaha keras presiden JJFC, jurulatih dan sokongan pihak PPD Tenom dan masyarakat, aktiviti kelab itu akan terus berkembang dan berjalan lancar dari semasa ke semasa, sekali gus memberi impak kepada pembanguna­n dan kemajuan sukan bola sepak khasnya di daerah Tenom.

Zainudin yang juga penyelia Unit Sukan dan Kokurikulu­m PPD Tenom berharap semua pihak yang berkaitan agar menjadikan permainan bola sepak sebagai wadah perpaduan dalam kalangan masyarakat dan rakyat yang cintakan sukan bola sepak.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada hampir 200 peserta Program Karnival Bola Sepak Tertutup JJFC Tenom bergambar kenangan bersama Jamawi dan AJK Penganjur.
SEBAHAGIAN daripada hampir 200 peserta Program Karnival Bola Sepak Tertutup JJFC Tenom bergambar kenangan bersama Jamawi dan AJK Penganjur.
 ??  ?? (Gambar kiri) JAMAWI (tengah) bersama pasukan Julung yang muncul juara kategori bawah 13 tahun.
(Gambar kiri) JAMAWI (tengah) bersama pasukan Julung yang muncul juara kategori bawah 13 tahun.
 ??  ?? JUSTIN menyampaik­an hadiah (hamper) kepada ketua Pasukan A kategori ibu-ibu yang memenangi perlawanan itu.
JUSTIN menyampaik­an hadiah (hamper) kepada ketua Pasukan A kategori ibu-ibu yang memenangi perlawanan itu.
 ??  ?? (Gambar bawah) JUARA kategori bawah 9 tahun bergambark­enanganber­sama Jamawi (tengah), Matius dan Zainudin (kanan).
(Gambar bawah) JUARA kategori bawah 9 tahun bergambark­enanganber­sama Jamawi (tengah), Matius dan Zainudin (kanan).
 ??  ?? JAMAWI ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Bola Sepak JJFC 2018 di padang Pekan Tenom sebagai aktiviti penutup kalendar 2018.
JAMAWI ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Bola Sepak JJFC 2018 di padang Pekan Tenom sebagai aktiviti penutup kalendar 2018.
 ??  ?? PASUKAN ibu-ibu bergambar kenangan bersama Justin (tengah) dan Zainudin (kiri) sebelum perlawanan itu.
PASUKAN ibu-ibu bergambar kenangan bersama Justin (tengah) dan Zainudin (kiri) sebelum perlawanan itu.
 ??  ?? JUSTIN menyampaik­an hadiah kepada Matius selaku ketua pasukan jurulatih daerah Tenom yang memenangi perlawanan itu.
JUSTIN menyampaik­an hadiah kepada Matius selaku ketua pasukan jurulatih daerah Tenom yang memenangi perlawanan itu.
 ??  ?? PASUKAN bapa-bapa dan jurulatih bergambar kenangan sebelum sepak mula perlawanan menarik sempena karnival itu.
PASUKAN bapa-bapa dan jurulatih bergambar kenangan sebelum sepak mula perlawanan menarik sempena karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia