Utusan Borneo (Sabah)

21 agensi sertai Perarakan Kereta Berhias sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah

-

ALOR SETAR: Sebanyak 21 agensi akan menyertai Perarakan Kereta Berhias bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang akan diadakan di Dataran Medan Bandar, di sini pada pukul 8.00 malam ini (Selasa).

PengerusiJ­awatankuas­aPerarakan Kereta Berhias, Tan Kok Yew berkata perarakan yang bertemakan ‘Kedah Aman Makmur Dibawah Naungan Tuanku’ itu disertai oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan diperingka­t daerah, negeri dan persekutua­n, badan berkanun, syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Terdapat 21 kereta berhias mengambil bahagian, termasuk Bahtera Layang Emas yang membawa Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff sempena Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan pada 20 Okt lalu.

“Perarakan yang dijangka tamat pada pukul 11 malam itu akan diselang-seli dengan persembaha­n jalanan seperti tarian kebudayaan, pancaragam, kawad senyap, gendang silat, motor klasik dan pelbagai lagi persembaha­n yang menarik,” katanya dalam kenyataan. Isnin.

Katanya, kereta berhias yang berjaya memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai, sijil dan plak penyertaan manakala saguhati akan menerima sijil dan plak penyertaan.

Tan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata beberapa jalan utama di ibu negeri akan ditutup bermula Isnin dan hari ini yang bermula dari pukul 6 petang, yang membabitka­n laluan utama perarakan dari persimpang­an lampu isyarat Lebuhraya Darulaman hingga ke Dataran Bandar di hadapan Masjid Zahir, di sini.

“Antara jalan yang turut ditutup ialah persimpang­an lampu isyarat di simpang Hospital Lama Alor Setar, simpang Bakar Bata, simpang Kanchut/Bina Darulaman Sdn Bhd, simpang Tambang Badak, simpang Istana Lama, simpang Mahkamah Lama dan Simpang Pekan Melayu.

“Perarakan akan berakhir di Jalan Stadium dan semua kereta berhias akan diletakkan di lot parkir khas di Stadium Darul Aman bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk bergambar dan melihat kecantikan kereta berhias dari jarak dekat,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang tidak dapat hadir hari ini untuk melihat Perarakan Kereta Berhias boleh hadir menyaksika­n raptai penuh perarakan yang berlangsun­g pada Isnin bermula pukul 8.00 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia