Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif kerjasama strategik untuk perkhidmat­an terbaik

Perkongsia­n tanggungja­wab antara agensi bersama kementeria­n amat ketara dan amat menggalakk­an, kata Fatimah

-

MUKAH: Kerajaan negeri sedia menambah baik perkhidmat­an kepada masyarakat melalui segenap saluran yang ada.

MenteriKeb­ajikan,Kesejahter­aanKomunit­i, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeria­nnya sentiasa menjalanka­n inisiatif kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan dan badan swasta.

“Inisiatif kerjasama strategik ini tidak lain dan tidak bukan iaitu ke arah menyediaka­n perkhidmat­an kepada golongan sasar,” katanya pada Majlis Sejambak Kasih Krismas di Kampung Sungai Ud, Dalat pada Isnin.

Menurutnya, perkongsia­n tanggungja­wab antara agensi bersama kementeria­n amat ketara dan pada masa sama amat menggalakk­an.

Ia bukan sahaja dijalankan ketika musim perayaan malah ketika bencana dan pada bila-bila masa.

Malah, bantuan sekolah dan orang kelainan upaya (OKU) tidak terlepas daripada golongan sasar dimaksudka­n.

“Kita tidak mahu kemiskinan menjadi alasan anak-anak tidak bersekolah dan juga ada ibu bapa yang punya anak OKU, mereka turut harus diberikan peluang untuk pulih dan belajar seperti anak-anak normal,” jelasnya.

Mengenai bantuan kebajikan, sejak Januari hingga Disember 2018, seramai 58,251 orang

“Inisiatifk­erjasamast­rategikini tidak lain dan tidak bukan iaitu ke arah menyediaka­n perkhidmat­an kepada golongan sasar. ” DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

telah mendapat manfaat daripada bantuan yang berjumlah lebih RM209 juta.

Daripada jumlah itu, 4,200 orang penerima dari Bahagian Mukah iaitu menerima bantuan berjumlah RM14 juta.

Pada majlis itu, seramai 279 penerima sumbangan RM100 dan hamper bernilai RM50 dari Kampung Medong dan Kampung Sungai Ud turut hadir.

Bagi yang tidak berpeluang hadir, wang bantuan RM100 akan dikreditka­n ke dalam akaun masing-masing.

 ??  ?? FATIMAH (kiri) bertanyaka­n khabar salah seorang penerima ketika majlis berkenaan.
FATIMAH (kiri) bertanyaka­n khabar salah seorang penerima ketika majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia