Utusan Borneo (Sabah)

Bayi tujuh bulan antara lima cedera kereta bertembung treler

-

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Macau Scam’.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata mangsa terpedaya selepas mendapat panggilan daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan mengatakan mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang belum diselesaik­an.

Katanya, individu itu kemudian memaklumka­n mangsa mempunyai satu kes mahkamah yang menggunaka­n identitiny­a bagi mendaftar satu perniagaan di Johor, namun mangsa menafikan.

“Individu berkenaan kemudianny­a menyambung­kan mangsa kepada seseorang kononnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Individu itu memberitah­u mangsa kes itu sedang disiasat dan perlu hadir ke mahkamah. Disebabkan bimbang, mangsa kemudianny­a membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank yang diberi sindiket dalam jumlah antara RM80,000 hingga RM500,000 bermula Oktober lalu hingga semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, DSP Ahmad Arifin kepada ketua jabatan yang baharu, Supt Ahmad Azizul Mohamed.

Mengulas lanjut Hasanuddin berkata, transaksi yang dibuat berjumlah RM6.7 juta dengan transaksi pertama sebanyak RM500,000 sebelum mangsa membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia