Utusan Borneo (Sabah)

Tiga warga asing dipenjara, sebat

Masuk negara ini secara haram

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Tiga warga asing antaranya seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Mereka yang tidak diwakili peguam mengaku salah di hadapan Hakim Egusra Ali, selepas pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dibacakan.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun dan tidak melebihi enam sebatan.

Rosnah Rauf, 37, dikenakan penjara lima bulan, sementara Kimar Mabansa, 21, dan Marham Abd Hamid, 19, masingmasi­ng dipenjara empat bulan dan satu sebat.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu ketika ditahan pihak berkuasa pada 7 dan 12 Disember.

Semasa rayuan, mereka memohon hukuman mereka dikira dari tarikh tangkap dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Namun Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng meminta hukuman setimpal dikenakan dan setelah tamat tempoh pemenjaraa­n, semua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Dalam kes berasingan, mahkamah membenarka­n seorang lelaki warga asing yang disabitkan atas kesalahan sama menangguhk­an hukuman penjara empat bulan dan satu sebat.

Keputusan itu dilakukan terhadap Baharuddin, 26, yang diwakili peguam Amli N oh i n, selepas membenarka­n permohonan menangguhk­an hukuman dan ikat jamin.

Menurut Amli, pada 3 Disember tertuduh yang mempunyai pasport dan pas kerja yang sah sehingga 6 Januari tahun depan, dikenakan hukuman itu selepas mengaku salah.

Bagaimanap­un tertuduh mengaku salah pada waktu pendengara­n pertama kerana tidak mendapatka­n khidmat nasihat peguam.

“Untuk makluman, kami juga menulis kepada Mahkamah Tinggi untuk semakan hukuman dan sabitan ketika kes didengar di Mahkamah Sesyen,” katanya dan menambah tertuduh bekerja sebagai nelayan di sebuah syarikat perikanan.

Mahkamah membenarka­n ikat jamin diberikan sebanyak RM10,000 yang dicagarkan seorang penjamin iaitu majikan tertuduh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia