Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa lakukan seksual terhadap remaja

- - Oleh CLARICE USOP

KOTAK INA BALU: Seorang lelaki berusia 41 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Untuk itu, Hakim Egusra Ali menetapkan pengurusan kes pada 28 Januari tahun depan terhadap Usup Abd Hamid, yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh didakwa menyentuh bahagian belakang mangsa berusia 13 tahun 10 bulan, pada 9 Disember jam 6.45 pagi di sebuah bilik tidur, Taman Bukit Setia, Sepanggar, di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017, boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwara­ya Wan Farrah Farrizah Wan Ghazali membantah tertuduh diberikan ikat jamin dengan mengambil kira keseriusan kesalahan.

“Pertuduhan terhadap tertuduh sangat serius yang mana kesalahan terbabit tidak boleh ditawarkan ikat jamin.

“Tambahan pula tertuduh dan mangsa tinggal di rumah yang sama, hal ini memungkink­an tertuduh mengganggu saksi pihak pendakwaan,” katanya.

Ketika mahkamah menyoal tertuduh berhubung bantahan berkenaan, tertuduh tidak mengatakan apa-apa.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan dan tertuduh diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Dalam mahkamah berasingan, Majistret Mohamad Aizat Abd Rahim menetapkan sebutan semula kes pada 16 Januari tahun hadapan terhadap Usup kerana didakwa menggunaka­n dadah.

Keputusan itu dibuat terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, sementara menunggu laporan kimia diperolehi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia